Durian Tunggal, 23Januari2012 - baru sahaja landing di rumah mak mertua, dalam agenda bersama-sama untuk ke Kedai Ikan Bakar Parameswara di Umbai, sangat tersohor di Malaysia, samalah juga dengan Kedai Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baharu, Sup Urat Ketin di Bangi dan yang sewaktu dengannya. Pokoknya bukan tempat yang hendak ku tuju, cuma mengutip beberapa pokok yang semalam telah kuambil daripada sembang-sembang dengan mereka yang lebih berpengalaman. Dalam hidup ini bukan semua yang kita dapat miliki, ianya bergantung juga pada rezeki dan tidak dapat dinafikan ialah usaha keras, waras dan always. (asal nak bahasa omputih pula? pasal nak samakan dengan hujungnya 's' hehehe)
Aku rasa aku dapat simpulkan apa yang telah terjadi padaku di saat ini, aku diuji oleh sesuatu yang tidak aku sukai, namun ujian itu membuatkan aku berusaha menyelesaikan masalah itu sedaya mungkin, maksudnya masih dalam lingkungan positif. Masalah itu tidak membuatkan ku rebah tertumus ke bawah dan mengaku kalah, aku baca catatan mereka yang kini berjaya, bukan atau pasti tiada istilah kalah atau mengaku kalah, yang ada hanyalah luka berdarah itu perlu dirawat dan dicegah di masa hadapan agar segala-galanya akan cemerlang kembali. Aku akan sambung kembali penulisan ini.. time to go hehehe.. udah sambung balik ini..
Insha Allah 29hb ni aku akan ke Kelantan, mencari halatuju lagi. sekali lagi aku kena postpone untuk kerja... huhuhu.. ok bersambung balik dengan kata-kata semangat memujuk diri agar bangkit bak kuih bangkit. Kepada pembaca budiman, semua orang ada masa jatuhnya, benarlah kata pujangga hidup ibarat roda yang berputar, kekadang di atas dan kekadang di bawah dan kena ingat bila kita berada di bawah kita dipenyek-penyek, dilenyek-lenyek dan menanggung bebanan mereka yang di atas, maksudnya kena ada 'persediaan' secukupnya bukan sekadar fizikal malah mental juga. semua orang tahu dan mengerti apa yang aku tulis ini, persoalannya samada anda terbang tinggi? sederhana? rendah? atau tak gerak-gerak.
Pucuk pangkalnya, SABAR lah senjata yang paling ampuh. kalau kita teruk diuji, ada lagi yang lebih teruk dan maha teruk, sekurang-kurangnya aku dan kamu masih merasa rahmat ILAHI. 1,2,3 terima kasih syukur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan