Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 4 Januari 2012

Usianya hanya 7 tahun: Part 5

Nilai, 17Januari2012 - hari yang sama cuma lokasinya berbeza setelah mengambil Anas dari taska dan bermain dengannya, anak lah segala-galanya penghilang duka nestapa. Namun amanah ini kena dididik sebaik2 amanah memandangkan dia juga bakal generasi akan datang. Melalui coretan yang berkisarkan imbaun berkhidmat di masjid ini sehingga dibuang dengan penuh cara konspirasi aku dapat merasakan dunia mula ke saat kehancuran. isunya bukan nestapa dan malapetaka ini terjadi kepadaku tetapi disebabkan orang-orang jahil ini seakan-akan kebal dengan sebarang tindakan bagi mencari keadilan. Ada rungutan yang tiba dan sampai kepadaku tetapi apakan daya aku bukan ahlinya lagi kerana sebelum ini aku memang berjuang sebaiknya, justifikasi jujur untuk diri sendiri. Aku tidak suka khatib yang cakap tiada isi dan seolah bersembunyi di balik fakta kebenaran, nah lahir lah pejuang dan generasi yang senget-benget.

kenangan menjemput penceramah ternama seperti Dr. Fatma Az Zahrah yang aku ambil dari Bangsar dan dibawa ke Nilai dengan Grand Livina, beliau seorang yang tawadduk walaupun berbadan besar. Pelet melayu kelantannya amat aku gemari kerana beliau sendiri seorang bekas doktor gigi dan juga isteri mufti kelantan ketika itu berketurunan mesir.
aku puas dengan usaha ku memakmurkan masjid dengan cara yang terbaik dari segenap aspek target jemaah. meskipun perbelanjaan sesuatu program yang aku jalankan tidaklah mencecah puluhan ribu namun puas jika dibanndingkan dengan targetnya. Sahabatku di salah sebuah kementerian menceritakan dia terpaksa menjadi pengarah program sambutan maulidurrasul dengan kos berjumlah RM273 ooo dan hanya seramai 1000 hadirin sahaja. Boleh masuk akal ke? risau aku dengar bila mana dia juga bekerja di bawah individu yang kecoh dengan isu korupsi setakat ini berkaitan tabung makanan negara.
biarlah golongan cilik ini mendekati masjid.
golongan remaja ini juga tidak terpinggir dengan tenaga kuat mereka agar masjid dapat diimarahkan.
dan aku juga berjaya menjemput seorang syeikh dari Mesir yang mengajar al-Quran secara talaqqi di masjid kepada para jemaah. Aku kenalah jadi 'penterjemah' agar mereka dapat memahami dengan baik.
sepanjang tugasanku, alhamdulillah aku juga telah berjaya mengislamkan lebih dari 5 orang termasuklah warga negara Afrika yang mendengar khutbah dalam bahasa inggeris ku.
kepada adinda Muhammad bin Ahmad Zahid yang juga beberapa kali hadir ke masjid memenuhi undanganku dan ku doakan agar adinda berjaya dunia dan akhirat.
sahabat-sahabat sejati yang membantu di kala khidmat kita diperlukan oleh masyarakat. Ustaz Zaki dan Bilal Yusof, moga Allah merahmati kalian dan diberikan kesihatan tubuh badan sewajarnya.
Jika ingin dibandingkan kelayakan aku dan latihan yang telah aku terima, alhamdulillah sehingga ke tahap antarabangsa aku telah sampai dan tiba, tetapi hiba bila itu tidak dinilai, kerana hasutan dan fitnah sebagai sandaran.
Mudah-mudahan di mana tempat yang dulunya aku pernah bertugas, diizinkan Allah untuk aku berkhidmat di rumah-rumahnya dan berilah aku sebagai mereka yang disabdakan oleh nabi ketika tiada perlindungan lain melainkan perlindunganNya ketika di Mahsyar Allah kelak. Amin Ya rabb...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan