Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 26 Januari 2012

tujuan VS tujuan

Bangi(Kedai Aksesori), 26hb Januari 2012 - Catatan kali ini adalah berkisarkan apa yang terjadi sekarang, tadi dan selepas tadi. Sekarang, aku menanti pemasangan ASTRO di dalam kenderaanku. WOW! Kenapa nak pasang ASTRO pulak ni? Jawapannya ialah kerana perjalanan yang panjang bersama kedua ibubapaku dan ibu mertuaku ke Kelantan menuju ke Kompleks Balai Islam Lundang, Mahkamah Kelantan. Perjalanan yang mengambil masa 8 jam dan kali ketiga aku memandu untuk ke sana. Ini semua gara-gara tujuan hidupku yang mewajibkan aku bersama syarat sah rukun dan fardhu memerlukan aku ke sana, ingat, bukan ada sebab 'lain' sunat mahupun sunat. Hehehe...
Tadi sebelum sekarang, hampir setengah hari aku di UKM di Fakulti Pengajian Islam bertanyakan status penangguhanku dalam peperiksaan final bagi Ijazah Sarjanamuda aku yang ke-3. Hem belajar dan terus belajar. Kali ini aku perlu melakukan pengorbanan, TUJUAN vs TUJUAN. Ironinya mudah jika aku permudahkan skop penulisannya:
Tujuan 1 Tujuan 2
Ke Kelantan kerana kerjaya Ambil peperiksaan kerana ilmu
Sekali setahun atau 2 tahun Sekali setahun
Kepuasannya ada sekiranya berjaya Sekurang-kurangnya lulus dalam subjek
Bersama keluarga Sendiri-sendiri
Penat, jauh, tidak ekonomi Dsebaliknya
Nak buat Nak buat juga
Susahkan dalam buat pilihan? Prosuder yang aku lakukan telah aku lakukan namun aku kecewa kerana pensyarah pengajian Islam yang berulangkali memaklumkan kepadaku 'anda menyusahkan saya untuk buat soalan semula jika anda tidak hadir dan mengulang' aku sinis mendengar ucapannya di dalam hati, manakan tidak, aku bukanlah pengemis ilmu, ya dia berilmu dan aku tagih amanah ilmunya. Dalam realiti hari ini, mana nak cari orang yang betul-betul nak nelajar kerana nak tahu, nisbahnya mungkin terlalu sedikit jika dibandingkan orang yang belajar kerana mahu kerja dan mahu ada uwang supayaboleh memenuhi impiannya berkereta, berumah besar, beristeri. Tapi apa sebenar TUJUAN HIDUP nya?

Aku semakin faham erti kehidupan, sebagaimana catatanku sebelum ini. Kalau yang hebat sanggup ke laman hina hanya pada pandangan manusia, tidak di sisi Tuhan. Hina sangat kah? Hero memang kalah dahulu... AKu tidak mahu kalah dahulu, kini, akan datang atau selama-lamanya... rakan setilamku ada menegur, 'I tengok u macam malas je semenjak dua menjak ni...' Exactly, kerana jiwa aku pergi, jiwa aku pejuang, jiwa aku mujahid, pendokong kebenaran, pejuang mana yang tidak tersungkur di pertengahan, MENANG atau KALAH bukan matlamat, tetapi BERJUANG di halan-Nya itulah makna seorang PEJUANG.
Semua orang akan jadi seperti ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan