Kuala Sungai Baru, KUIM, 28September2012 - dicelah-celah ini memang lah kekalutan dan kesibukan yang amat sangat, penuh dengan pembentangan pelajar, dengan ujian pertengahan semester, dengan menyiapkan soalan-soalan dan skema jawapan peperiksaan akhir bagi 5 mata pelajaran dan ditambah lagi hujah dalam 5 kes dari pihak-piahk yang sama dan ada dalam dua dewan Mahkamah Tinggi dan Rendah serta ditambah ajinomotokan lagi dengan kelas pengajianku yang bermula dan kesibukan lain seperti membetulkan bab dalam thesis yang akan di'submit' ke supervisor sesegera mungkin. Oh jangan lupa, aku tinggal di Sungai Ramal, beramal guaman di Kuala Lumpur dan mengajar di Kuala Sungai Baru Melaka.
GILA? Jangan ditanya, kerana selagi akal ini tiada urat-urat otak kanan dan kiri mahupun medula-medula oblongata yang terputus atau tersangkut maka maknanya Allah mengizinkan aku meneruskan perjalanan hidup ini walaupun terasa berat dan padat namun tidakkan sekali-kali kaki ini ku kunci dengan kemalasan.
Dan tak semena-mena pagi ni, kereta Feraro Roche ku buat hal dengan kerosakan enjin pada trotal body(penyakit biasa bagi kereta buatan malaysia yang bernama WIRA dan menggunakan sistem injection) Terpaksa lah aku memandu ALPHARD ke KUIM dan dijeling oleh para pensyarah. Aku tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi aku terpaksa, nak bawa SUPERBIKE cuaca mendung dan hujan ke aras Selatan. Kata tak nak belagak, tapi kenapa BOLD kan kenderaan-kenderaan tu? Entah aku pun tak nak jawab, hahaha....
Suasana solat jumaat di Masjid KUIM yang bagiku agak hambar dan tidak mencapai tahap keberilmuan di kawasan ini, moga ada sinar perubahan dan aku sudi menjadi salah seorang tenaga pembantu jika diizinkan.
Mengikuti program YBGK atau biro bantuan guaman di Pejabat BAR Seremban 2 dan merasa seronok berjumpa teman-teman seperjuangan. Bermacam fikrah dan idea yang dapat dikongsi dan aku juga bertuah mengenali peguam-peguam sivil yang berhati murni sehingga sanggup menolak untuk menyediakan kontrak pembelian rumah jika ianya tidak mengikut syarak agama. Kekadang malu ke peguam-peguam syarie yang sapu je semua benda janji masyuk dan silap-silap boleh masuuuuukkk NERAKA.
Program yang mendatangkan faedah tidak sekali-kali aku lepaskan...
Semasa mengikuti muzakarah pemegang tauliah mengajar Wilayah persekutuan, sempat aku bertemu dengan senior semasa di sekolah Maahad Hamidiah kajang, namanya Adli. Dia merupakan pengerusi BADAR(Badan Dakwah dan Rohani) dan aku mewarisinya selepas tahun berikutnya. Tak sangka berjumpa di sini di Hotel City Villa yang mana hotel ini merupakan tempat shopping aku sekeluarga semasa kecil ketika duduk di Kampong Bharu, teringat abah membelikan permainan kereta control ketika sebelum menunaikan haji pada tahun 1993. Ya Allah sekejap je masa berlalu...
Di saat hampir jam 11.45 malam aku masih menyelia kelas untuk pembentangan pelajar yang di saat akhir aku terpaksa menyelesaikannya juga walaupun seharian di mahkamah dan pecut ke melaka untuk para pelajar. Teringat hadith nabi SAW "manusia yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang belajar al Quran dan yang mengajarkannya". Ya Allah moga aku termasuk dari kalangan ini, di bawah ini juga beberapa seminar yang wajib aku sertai bagi pecambahan minda dan melangsungkan kejituan ilmu lebih-lebih lagi di tahap ini. Ya Allah, pandanglah aku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan