Sg.Ramal Dalam, 2September2012 - Masih dalam bulan ramadhan al-Mubarak, jangan lepaskan ianya berlalu begitu sahaja dengan kita diperbodohkan tanpa amalan dan bekal yang secukupnya. Corat-coret kali ini adalah gambar-gambar yang diambil semasa mengadakan jamuan berbuka puasa dengan rakan-rakan sekolah menengah dari Maahad Hamidiah Kajang. Silaturrahim dan ukhuwwah yang dibina tidakkan terpadam sekiranya jujur kita bersahabat kera Allah, dan teringat sabda junjungan nabi SAW, selagi mana 2 orang sahabat yang bertemu kerana Allah, maka akan diampunkan dosanya sehinggalah mereka berpisah.
Majlis yang dibuat di rumah Apad, anak orang kaya yang duduk di Bangi, maklumlah ayahnya adalah kontraktor kelas A, maka faham-faham sahajalah. Di Malaysia ni, kalau nak jadi kaya memang berniaga sebagaimana yang disabdakan baginda SAW, tetapi sektor perniagaan yang menajadikan kita kaya apabila berniaga biasanya lah di saat ini, dengan menjadi kontraktor binaan kerana perkiraannya begini, harga sesebuah projek biasanya dikaligandakan dengan 3, iaitu modal+kos+untung. Maknanya jika harga sebenar sebuah projek itu RM 1maka ianya perlu didarabkan dengan 3 maka menjadi RM3 apatah lagi jika projek itu ialah projek MEGA.
majlis ini ialah majlis berbuka secara potluck, masing-masing mebawa juadah masing-masing dan apa yang aku bawa? Sepinggan kek secret recipe dan juga sempat mengimamkan solat teraweh di sana walaupun ada rakan-rakan yang sekolah agama tetapi tidak turut serta, well... agama bukan diwarisi atau sebab sekolah, sejauh mana anda memahami agama.
ini adalah pada hari terakhir ramadhan pada tahun ini, kalau di negeri sembilan dan sibuk di pasar-pasar daging atau dikenali sebagai hari mantai, kalau mo mantai dalam bahasa mandarin maksudnya tiada masalah dan setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke pasar, aku membawa anas mengajarnya melihat pasar basah di Batu 9 Cheras, tempat yang biasa umi dan abah pergi masa aku kecil, dan kini aku membawa anakku pula, nostalgianya, adakah aku ini bersifat kejiwangan? hahaha, soalan ini ahanya aku yang wajib jawab.
tengok muka cenyum dia, ni dah raya kedua kalau tak silap, almaklumlah raya tahun ni hanya di sini sahaja, di rumah di kajang dan ini muka Anas bangun tidur mencari sarapan di Bandar Sri Putra, jauh juga cari makan.
Alang-alang sketsan dan ceritanya berkaitan hari raya, kenderaan sekolahku dilanggar oleh sebuah motosikal, menurut kata adikku, Asyaraf yang kini menguruskan sekolahku, bak kata Dr.Fauziah iaitu jiran kami di Nilai Impian, tahu tak Tika(nama anaknya) siapa yang uruskan sekolah ustaz fakhrul? Si Atap(asyraf) Ha? yang rock-rock tu ke? Manusia boleh berubah, sampaikan baca doa ke semua ustaz asyraf yang bawa tau... aku tersenyum, sekurang-kurangnya dia adikku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan