Kuala Sungai Baru, 18September2012 - Aku kini bergelar pensyarah dan peguam dan pengurus dan penceramah dan pelajar dan pengayah, errr.. pengayah tu ayah lah, hehehe.. mungkin boleh juga diletakkan p di depan nama ku seperti p.ramlee dan aku p.razi. Bukanlah untuk mendabik dada menyatakan kesombongan atau apa-apa yang menjerumusku ke laluan iblis dan syaitan, namun itu yang dapat ku sumbang kepada masyarakat yang mengenaliku selagi aku masih hidup ini. Cintakanlah ILMU. dan suka aku memasukkan fakta di sini, negara Jepun yang dikenali maju adalah disebabkan 3 perkara iaitu pendidikan dan pendidikan dan pendidikan.
Eeleh..eleh.. budak tomey ni nak kena ni, hehehehe... dan sepanjang 2 minggu bergelar pensyarah undang-undang ni mesti ada yang bertanya, jauhnya nak berulang dari kajang then ke melaka, dengan kos lagi, eeee... tak berbaloi lah. Aku terpaksa diam dan akur dengan pernyataan semua itu di atas kerana aku sendiri pernah menyatakan benda yang sama kepada Ummi ku. "Jauh lah mi, dekat sejam memandu, camne ni? nak amik ke tawaran ni?"
"Alah.. ummi dulu 2 jam memandu.." hahaha.. tak nak kalah juga ummi, hehehe... ibuku seorang pensyarah yang bergelar Professor di UPM bahagian perubatan dan aku sebagai anaknya akan taat sampai bila-bila dan aku terima tawaran tersebut sebagai pensyarah undang-undang atas alasan utama, ummi merestui pekerjaanku ini. Takpelah, dengar cakap ibu ada berkat, teringat kisah dr. Fadilah Khamsah, seorang pakar motivasi terkenal juga mengalami dilemma yang sama, bila mana dia juga menanyakan ibunya samada dia hendak berhenti sebagai pensyarah dan menjadi motivator, maka ibunya memilih sebagaimana beliau sekarang. Ibu keramat hidup sebagaimana lagu Sudirman, lantas pembaca blog ini, ayuh ikut jalan sunnah nabi SAW.
Mungkin alasan-alasan yang menyokong semangat juangku untuk menjadi pensyarah ialah matapelajaran yang diajar adalah bersamaan dengan bidang tugasanku kerana aku mengajar fiqh jinayat, pemakanan dalam Islam, undang-undang Tanah, Pentadbiran orang Islam dan juga harta faraidh, zakat, wasiat, hibah.
Oh keputusan Ijazah ku yang ketiga dah keluar, syukurnya alhamdulillah semester ini Anugerah Dekan lagi, walaupun kekawan ku yang lain tahu aku datang hanya beberapa ketul dalam semester namun mereka banyak membantu keputusanku, ya Allah kuatkan semangatku kerana ada 2 semester lagi untuk dihabiskan. Terima kasih kepada mereka yang terlibat atau tidak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan