Kuala Sg. Baru, Melaka 11 September 2012 - segala puji bag Allah ku rafa'kan sembah ta'zhim ini bagi mengakui kehebatan Allah diperkasakan dengan hikmah yang dilihat di depan mata saban hari. Aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan walaupun diuji dan dipayahi dari sudut akal manusia namun kekecewaan dan dukacita itu lenyap setiap kali disimbahi siraman air syurga dari nikmat yang dikurniakan.
Bulan September ni banyak pula cutinya, cuti Malaysia lah, cuti-cuti Malaysia lah dan macam-macam lagi, kesempatan inilah yang ku ambil untuk bersama keluarga, tengok tu Anas, kata kuat hero menjerit bila kat rumah, tapi kena kat sungai Tekala, duk tepi je, ni yang dikatakan dalam hati ada taman.
dan aku berkonsepkan alami dunia sebenar dalam pendidikan anak-anak, dengan mengizinkan mereka merasai sendiri pengalaman berdepan dengan situasi namun perlulah ada batasan dan pengawasan. Sebagai contoh bagi orang Eropah mereka mendidik anak-anak dengan mengizinkan anak-anak mereka bermain kotor, pegang haiwan-haiwan sebagaimana kita di kampung dahulu, walaupun aku dibesarkan di bandar di Kuala Lumpur atau di Keyel, hehehe... namun aku adalah cucu kepada arwah Tok Mat(Wak Rahmat) atau aku panggil bak je yang lama balik ke kampung dan tinggal bersama Yea, makcik ku. Bezalah aku ngan adik beradik yang lain, sebab tu aku rapat dengan yea kerana dari kecil kerap aku bersama mereka, al-fatihah buat arwah atok dan nenek dan yang aku kenali kerana berbudinya mereka mengajarku Quran dan ilmu yang bermanfaat.
di tangan anakanda ku ada sebatang rotan, dia sendiri yang ambil dan sendiri main, hem.. aku dulu selalu juga dibaham benda ni, tapi tidaklah mencederakan kerana ianya bagi mendidik dan menakutkan anak agar berdisiplin dan jangan malas belajar, samapikan orang-orang tua kata sunnah gantung rotan di rumah, bukan nak kata pasal hadith, cuma sunnah di sini telah menjadi amalan yang di ambil dari guru-guru agama dari hadith nabi SAW suruh pukul lah anak kamu yang capai usia 10 tahun jika malas solat. daddy belum pun gantung lagi... jangan nakal sangat ye!
Cerita terbaharu dalam hidupku, kini aku telah menyambung pendidikanku sehingga ke peringkat Ph.D, walaupun di tahap ini bukanlah gelaran yang menjadi ukuran kerana ada yang belajar kerana pangkat dan gaji atau apa pun tujuan mereka, aku bersertakan niatku menyambung pengajian agar aku lebih tawaddhu' mengenal Allah dan sebagai usaha dakwahku kepada generasi ulul al-bab.
Ditambah lagi, aku baharu sahaja sanggup menerima jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM), cerita ini akan ditulis full version di penulisan akana datang(walaupun penulisan ni sememangnnya retrospective).
Ya Allah, pandulah diriku ke jalan yang lurus-MU...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan