Sg.Ramal Dalam, 2 September 2012 - semua orang mahukan kehidupan yang sejahtera, nak sejahtera kena kerja, ada pendapatan baru ada kebahagian, sebab tu jangan kerana CINTA anda GILA, lagipun memang cinta tu BUTA sebab tu bila bercinta MERABA-RABA. Aku? sahaja aku berkongsi pengalaman menulis kisah hidup sendiri walaupun bila 'di sana' ianya lain dengan apa yang dicatatkan. Kenapa aku tidak berkerja? Maksudnya bukanlah aku tidak melakukan apa untuk menghasilkan pendapatan, cumanya aku tidak bekerja dengan orang, aku bekerja sendiri dan mencipta kerja sendiri.
kali ini aku ke Melaka, Kuala Sungai Baru, jauhnya kira-kira sejam perjalanan dari Kajang. Jawatan kosong di sini ialah pensyarah undang-undang. Teringat akan hadith nabi SAW, "sebaik-baik di kalangan kamu ialah mereka yang belajar Quran dan yang menagjarkannya" aku mencari kerja yang boleh mendekatkan ku dengan Tuhan, memang ada banyak kerja di luar sana namun aku bersifat selektif kerana aku tahu kondisi diriku sendiri.
Kalau aku dapat jawatan ini, sekurang-kurangnya aku mngajar undang-undang dan syariah pengkhususan yang aku telah bealajr sehingga saat ini di peringkat Ph.D, maha suci Allah yang mengindahkan semuanya, masjid di mana ku parking kan kenderaan ialah Masjid Al-Ilmi, mungkin sebagai asas ilmu di universiti bermula dari masjid, namun masjid yang terletak di luar KUIM dan di hujung mungkin tidak menarik perhatian pelajar ke sana, enatahlah aku tidak mahu menghukum terlalu awal. nampak smart plak triton ni, hehehe
Sebenarnya, aku pun xtahu apa yg aku nak jadi? kerana aku ini insan yang nak buat pelbagai benda, bukanlah bermaksud aku tidak boleh fokus, namun aku terkesan dengan kata-kata mutiara isteri baginda SAW, cagarkan segala-galanya demi Islam. Aku nak masuk syurga, aku akan berusaha sedaya upaya di dunia ini walaupun ku tahu aku mungkin tersadung, atau tersungkur semasa berlari ke arah sana, moga Allah berikan aku kekuatan.
Aku juga telah pergi temuduga jawatan ketua imam di Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara, entah kenapa bila kaki melangkah di sini aku terasa sejuk dan gembira bukanlah karana struktur binaan bangunan yang seakan di amsjid luar negara, tetapi AJK dan kakitangan masjid ini sangat peramah dan berbudi bagiku, siap bantu aku menjejenjeng beg belakangku, dan terasa sayu dengan memori menjadi ketua imam di masjid dahulu, pejam celik dah bulan 9, selama itulah juga aku meninggal tempat tugasanku yang telah 7 tahun, alhamdulillah semuanya diatur cantik oleh Allah, untuk jawatan ini, aku meletakkan harapan yang tinggi juga maklumlah aku tersangat rindu dengan masjid, ya Allah berilah aku terpilih sebagai pemuda yang tergantung hatiku pada rumah Mu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan