Sg.Ramal Dalam, 2September2012 - Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Bathin. Minal aidil wal faizin. Moga segala amalan kita diterima Allah dan dirahmati kita dunia dan akhirat, ucapan ini ditujukan khas kepada rakan-rakan bloggers semua. Terima kasih kerana membaca. Lihat sahaja gambar di bawah ini, ya kedai gunting rambut moden yang dimiliki oleh orang cina, pokoknya di hari raya ini rambut ku semacam pokok dengan ketiadaan kedai gunting melayu maka aku mengambil keputusan mencuba guntingan di sini. jangan salah ertikan, walaupun yang gunting ni perempuan cina, namun dia menggunakan lapik bagi menjaga aurat dan yang paling penting bini ikut sekali la... hehehehe
beraya bersama keluarga ke rumah-rumah saudara, seronoknya bila silaturrahim terjalin, jumpa anak-anak buah dan yang lain, moga syarak kita juga terjaga... Anas, semakin ligat dan bermain-main, dulu macam takut-takut, mungkin dia juga makin dewasa, nak masuk 2 tahun lah katakan, hehehe...
tu dia si comel daddy.. amboi dah pandai possing depan kamera, ni mesti atok ajar ni...dulu cemburu bila pegang baby orang lain, kini dia pun dah penyayang, nak adik kut.. hehehe kalau direzekikan.. insha allah.
sempat juga mencuri masa balik ke batu Pahat selepas Yea dan Cik Yem seminggu pulang dari umrah, yang sebelah anas ni anak abg kamal, hehehe.. Yea cakap sama muka macam anas, alah nek misah x sama lah..
tu dia anak daddy, kita rally raya pulak kat rumah kawan-kawan, sampai ke atas bumbung dia beraya ek, yang baby ni namanya baby dina, amboi nak ngorat ke, heheheke rumah kawan Cidot aka Fazri Daud, satu maahad juga, dia ni kira budak pandailah, teringat masa sekolah rendah dulu, dia ni wakil matematik sekolah sungai serai dan aku wakil sekolah tun Abdul Aziz Majid dari Hulu Langat dan kami ni memang bersainglah juga.
dan ini beraya di kawasan rumah bos, Dato Zaidi Zain... makan selagi mampu ye tak
Hafizal Parcho, apa yang anda buat? hehehe... macam cover dengan bos je, hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan