Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Sabtu, 6 Oktober 2012

Tinggal kenangan, rojak jawa... moga makcik tenang di sana

Sungai Ramal Dalam, 7September2012 - di saat kerja menimbun, dia pun pakat tambahkan jadi bertambun, di saat kerja nak kena submit urgent, time tu juga dia duk buat ragam macam sarjan, kita nak cepat, dia jadikan lambatgggb... sengaja biarkan ejaan ayat sebelah macam sebab ni memang kerja dia, time nak berblog dia pun nak buat sibuk, macam dalam gambar ni lah, habis biskut kegemaran dia teraburkan... ni tengah tulis pun dia sedang memegang sekotak air kotak yang pada bila-bila masa bakal dipancutkan ke aku... itulah BAHAGIA, hairan juga kenapa ada mereka yang di luar sana sanggup menganggap anak-anak kecil ini sebagai NERAKA, humban sana-sini tanpa rasa SIMPATI, ingat, bagaimana kita mencoraknya, begitulah kita akan merasai lukisan kita.


kenapa tajuk tulisan ni? macam bunyi sebuah kisah kematian. Ya, ianya cerita sebuah kematian, dan aku telah kehilangan insan yang ku kenali. Aku hanya memanggilnya makcik iaitu isteri kepada Pakcik Gunawi yang ku anggap seperti keluarga sendiri ketika menjejakkan kaki ke Nilai pada 2004. Pakcik Gunawi menjawat jawatan siak Masjid Putra Nilai ketika itu dan aku Imam yang pertama di sana. Hubungan baik kami sehinggakan aku berkawan baik dengan anaknya, Alfian dan kerap datang ke rumah mereka di Desa Kasia. Ketika inilah 'rojak jawa' diperkenalkan. 

rojak tersebut memang menyelerakan, sedap dan resipi turun temurun makcik ni. Apa yang aku kenal, makcik ni seorang guru agama, guru mengaji dari rumah lama mereka di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kehilangannya membibitkan memori kepada ku, setiap kali aku singgah menziarahinya setiap kali itu juga akan dihamburkan dengan pelbagai persoalan agama, memang tidak jemu dan hubungan kami akrab, cuma aku dengan kesibukan hakiki menyebabkan aku kurang menziarahi mereka semenjak aku kahwin. Mungkin aku anak yang tidak baik kepada keluarga angkat ku ini, tetapi aku teringat saat akhir aku menikmati rojak tersebut ketika hadir ke jamuan raya bersama keluarga aku, dan aku juga sempat membelikan arwah senaskhak al-Quran kerana arwah sangat seronok dapat bertalaqqi dengan syeikh Solah.
Aku pada malam pemergiannya, kebetulan aku berada di Nilai, di Surau Desa Indah bagi mempromosikan Badan Khairat Kematian kepada penduduk sekitar, dan diberitakan oleh Pakcik Gunawi yang kematian arwah amat mudah dan mungkin ketika sedang tidur arwah pergibuat selama-lamanya. Arwah juga menjaga ibunya yang berusia daripadanya yang aku juga menyaksikan depan mataku sendiri betapa aku boleh mengambil contoh, sempat ziarah arwah semasa raya tahun ni dan memberinya kata-kata perangsang agar sembuh dari sakit.
Sebagai jasa yang terakhir, aku bersyukur kerana dapat mengimamkan solat jenazahnya, dan membaca talqin kepada mereka yang hadir pada malam tersebut, jenazah dikebumikan dengan mudah sehingga jam 12.30 malam tersebut dan ramai yang hadir dan menyembahyangkannya. Moga Allah merahmati arwah dan meletakkan arwah bersama-sama mereka yang SOLEHAH... al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan