KUIM, 19okt2012 - tak sangka satu hari ni boleh pula buat banyak artikel kat blog sedangkan banyak giler kerja dokumentasi yang perlu aku laksanakan. Tanda paper students yang tak habis-habis lagi, adoooii.. xpelah kepenatan sebegini dibayar dengan hasil dan manfaat yang diperolehi dengan kemudahan hidup di dunia dan insha allah di akhirat. Buktinya apa? bagi mereka yang merasainya sahaja akan dapat memahaminya, kerana itulah Firman Tuhan jangan dipandang sepi, lantas kau wajib menghayatinya, dunia dan akhirat takkan rugi, dan hidup taklah sondol sana sini, macam lah ba alif ba ya bunyinya ba**.
Mungkin dah lama aku tak servis apa yang patut tentang sayangku ini, hem Z750, dan dah lama juga aku tidak menge'check' apa yang patut maka terasalah berat bila dipandu, terpaksalah bawa ke bengkel melihat apa yang patut. 6.00petang aku dari KUIM dan sampai di Nilai lebih kurang 6.30 dan terus je mendaftarkan diri di kedai motor cyclepoint. kedai yang mahal dan cekik darah tetapi setakat ni servis ke apa ke, masih tip top. dan aku gunakan pepatah melayu, menang membeli, alah memakai, alah.... habis duit lah aku, Allah.. dalam pukul 7.00 petang nanti pula nak mengajar di Bandar Sri Putra Bangi, kuliah maghrib. nak tak nak tayar depan mesti ditukar segera.
sebiji tayar hadapan sahaja berharga RM430 lebih-lebih campur servis tukar minyak hitam bagai maka keluarlah duit pada petang yang hening-bening itu dalam RM640 lebih, duit datang dan pergi namun itulah hakikat hidup yang dinamakan sementara dan pinjaman. Apa yang kekal? simpan duit pun akan ditinggalkan, bahkan disebut dalam kaedah fiqh "at-tabi' tabi'" - pengikut akan mengikut apa yang diikutnya. Kereta yang dipakai atas dunia apabila mati akan dipakai pula oleh si waris, dan dinamakan kereta itu.. KERETA ARWAH. tapi yang bawah ni kereta mainan lancer yang dibeli dengan harga bawah rm50 tapi dah dijahanamkan oleh Anas, biasalah anak kecik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan