UiTM Shah Alam, 3Nov2012 - aku wajar menceritakan sedikit tentang usaha ku dalam bidang pendidikan anak-anak di Nilai, Negeri Sembilan. Aku titipkan dalam ruangan penulisan ku ini kerana aku mahu berkongsi sesuatu yang memberikan faedah dan jauh sekali mahu berbangga dnegannya, Sekolah dan tadika yang ditubuhkan baru setahun jagung sudah pasti tidak ada yang membanggakan kecuali amaun hutang dan terpaksa mengikat perut sendiri untuk melunaskan bayaran A-Z. Derita sedih, kerisauan, debaran dan tidak selesa apatah lagi apabila berlakunya salah faham, masalah dan ujian pada usaha kecilku ini.
Sebagaimana yang aku ceritakan dahulu, Allah berfirman dalam surah al-insyirah, "sesungguhnya pada setiap kesusahan itu disertakan dengan kesenangan". Benarkan ayat-ayat Allah? Kalau tidak pecahkan ruyung manakan boleh mendapat sagunya. Kepuasan dan kegembiraan tergambar bila anak-anak didik ini berjaya menamatkan pengajian di mindacerah, dan berjaya dalam sekolahnya. Paling menggembirakan bila, ucapan dari ibu bapa, "terima kasih ustaz".
Aku juga sibuk di kala ini, menandatangani sijil-sijil anak murid ini dengan kata-kata semangat semasa ucapan semalam yang diadakan untuk kali ke-4 di Dewan Besar Majlis Perbandaran Nilai, hidup ini biarlah membantu dan biasakanlah anak-anak dengan perkara yang baik kerana sesiapa yang terbiasa dari kecil dengan sesuatu maka mereka akan terbiasa sehingga besar. Kalau dari kecil asyik menjerit Bibik itu, bibik ini, anggap betul-betul kuli sebagaimana yang diperlakukan oleh ibubapa mereka juga, kalau dari kecil balik dari sekolah campak sahaja baju tanpa masukkan ke dalam bakul atau mesin basuh maka begitulah hasilnya apabila dewasa, satu apa pun tidak boleh diharapkan, betul tak apa yang aku perkatakan?
Hari ini kamu mengukirkan kebanggan kepada orang tuamu, namun kegembiraan itu tidak statik dan akan berlari meninggalkanmu dan kaan kau kejari lagi, untuk apa? untuk siapa? dan bagaimana? hanya masa, niat yang tulus, dan usaha yang jitu akan menemukan kamu dengan jawapannya, sedarilah bahawa kamu insan bertuah diberikan Allah ibubapa pemurah, menghantarmu ke sekolah agar menjadi bekalan dan tidak rasa susah.. bila mereka pergi meninggalkan dunia, kau titipkanlah doa buat mereka.. itulah kegembiraan kedua ibubapa tanda engkau membalas jasa..
Terima kasih adindaku Asyraf, kerana berani menceburkan diri ke bidang ini. Semasa majlis berlangsung, satu tepukan aku pohon dari hadirin yang ada memberikan penghargaan kepadanya, manakan tidak, adik aku ini kupaksa dia seperti ku, maka dialah pengetua, dialah driver, dialah penajga bangunan, pencuci dan segalanya, namun dia tidak mengeluh tanda tidak puashati, mungkin sedikit tercungap tanda belum ready berlari sepertiku, entah bilakan berhenti.. andai matlamatnya jelas, buat apa pun aku tidak kisah ianya akan ku balas, moga Allah lah sebaik-baik pemberi ganjaran buat mu.. terima kasih
Lodeh eh amk lodeh, tarian melayu yang juga ada dalam persembahan para pelajar, aku bersetuju secara asas tetapi akan ada dakwah pada masa hadapan, sabarlah diri kerana bukan mudah mendidik masyarakat..
Ada sesuatu yang istimewa pada insan yang bernama Syukri ini, akan ku ceritakan dari masa ke semasa... Alhamdulillah, moga ada peningkatan dari masa ke semasa tentang mindacerah. doakan ya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan