KLCC, 1 Muharram 1434H = 14Nov2012 - Dengan semena-mena aku menerima undangan sebagai moderator program oleh Ustaz Zulkapili Al-hafiz, salah seorang imam masjid Asy-Syakirin KLCC, itupun selepas tiada lagi ustaz yang dihubungi sanggup melapangkan masa untuk program tersebut. Asal kehadiranku hanyalah bagi membincangkan berkaitan program cuti sekolah yang bakal diadakan di masjid untuk tahun ini. Aku menjadi moderator kepada forum yang dihadiri oleh panelis Ustaz Dr. Shouqi dan juga seorang artis hijrah Yatt Hamzah. Siapa dia?
Aku pernah melihat lakonannya seorang yang agak 'boyish', dengan rambut panjang dan gaya menggedik yg tidak mentup aurat. Personally itulah pertama kali aku bersama-sama dengan artis dalam bersama-sama melakukan usaha dakwah. Soalan-soalan yang aku tanyakan kepada pelakon ini pernah ditanya oleh orang lain, cuma soalan pedas aku tanyakan ialah, apakah penghijrahan mereka membantu usaha dakwah Islam? dan bilamana faktor 'turning-point' yang dikemukakan sebagaimana yang dilihat pada akhbar tempatan, bila beliau terlihat golongan-golongan wanita yang dipanggang oleh Allah SWT di dalam neraka. Bagi aku, dia bernasib baik kerana Allah SWT menyayanginya dengan memberikan peringatan kepadanya, tanda kasih sayang Allah SWT.
Peristiwa malam itu, aku kongsikan bersama isteri dan anak tersayang, dan tak sangka juga dia ada anak perempuan yang sebaya dengan Anas, bezanya, malam tu Anas agak sopan dan Mia 'anak dia' agak agresif... hahaha, maybe anak ku ada rasa malu, macam bapanya juga hehehe... beruntunglah bila mana Allah SWT mengasihi dan mengurniakan hidayah kepada kita semua, ingat, jangan disangka perompak pembunuh penjenayah yang ditangkap dalam penjara sebagai banduan itu jahat, sedangkan mereka dikurung dalam penjara dengan diberikan tempoh beribadat dan bertaubat sebelum hukuman terlaksana, kita? silap-silap belum sempat bertaubat, nyawa dijemput pergi dengan penuh dosa dan noda. Renung-renungkan... siapa yang lebih baik, aku, mereka, dan dia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan