Port Dickson, 3nov2012 - bercuti. Allah sebut dalam surah an naba, 'maka kami jadikan malam sebagai pakaian kamu', kerehatan bagi diri pada setiap hari malah aku sendiri pernah menghadapi mereka yang hampir 2 bulan tidak tidur. cuti adalah rehlah. Rehat. percutian keluarga adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dan kerana itu aku bersetuju bercuti mengikut umi ke Port Dickson, sempena percutian keluarga fakulti di tempat umi bekerja, Universiti Putra Malaysia (UPM).
percutian kali ini disertai dengan sepupu kecil ku bersama makcik ku, makpa dan juga anak buah, atheef fathi. Setiap orang ada ceritanya, kisah sedih dan duka, kerana hidup adalah pementasan drama yang dilakonkan oleh setiap watak yang Allah tentukan lagi di muka bumi ini, apakah watak yang sedang anda mainkan? Adalah watak seorang hamba Allah yang soleh atau melakonkan watak hambaNya yang engkar dan sombong? kena baca skrip betul dan pilih lah watak kita, nah .. skripnyakan al-Quran.
cucu umi dan abah baru dua, masing-masing tengah berusaha menambah bilangan ahli keluarga dan aku sedar kesibukanku ini membataskan lagi usaha ke arah itu, namun itulah namanya rezeki. Anak yang soleh adalah rezeki ibu dan ayah. Aku gembira melihat ibuku bahagia dan terhibur dengan cucu-cucunya yang pelbagai ragam, malam tu Anas berpimpin tangan dengan abang atheefnya dan kami menuju ke dewan utama bagi mendengar ceramah yang bakal disampaikan oleh aku, ehehehe.. macam tak cuti kan, tapi itulah pendakwah, di mana sahaja dan pada bila-bila masa aku mesti menjalankan tugas sebagai pendakwah kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Indah perasaan yang dilemparkan Allah ke dalam hati...
Indah juga disajikan pandangan mata yang menyejukkan hati dnegan ciptaan MAHAHEBAT dariMu Ilahi...
Agar generasi penyambung keturunan kami, akan menjejaki jalan yang disediakan oleh para auliya dan anbiya', ingat anak ku, matlamat hidup adalah SYURGA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan