Sg.Ramal, 25Nov2012 - Minggu ni memang mencabar bagiku insan kerdil dunia guaman dan selaku manusia biasa aku terasa berat dugaan yang ku tempuh bila mana kes aku dibuang disebabkan, ... disebabkan... aku mengaku kalau aku buat salah dan aku sangat mengaku kalau aku bodoh, tapi aku tak mengaku aku buat kesilapan dalam kes ini, aku juga tidak mahu memberi persepsi buruk kepada mahkamaha jadi biarlah aku menganggap ini sebagai pengalaman bagiku untuk melangkah lebih jauh.
Tambahan pula, firma guaman ditempatku satu persatu peguamnya mahu keluar. Dalam keluaran dulu aku pernah mempamerkan siapakah majikan ku seorang peguam yang terkenal dan telah lama berkhidmat lebih 15 tahun tetapi sepanjang hampir 2 tahun aku di sana, aku rasa ada yang tak kena sehinggalah kini. Moga Allah berikanku kekuatan dan aku kebijaksanaan dalam mencari hikmahNya. Setiap kegagalan sudah pasti ada kejayaan, dan jika diuji dengan musibah nescaya Allah akan bawakan kita 2 kali rahmah.
Biasalah bila cakap pasal orang Melayu pasti kenal dengan 'Hantu Durian'. Hantu-hantu ni sangat famaous di kalangan hantu kategori yang tidak membahayakan. hehehe.. akulah hantu tu dan apabila opah telefon abah kata peraih tak ambil durian dah sehari dua sebab durian terlalu murah dan melambak di perak, terus aku ajak abah balik ke gopeng petang khamis dan angkut semua durian dengan triton dan balik pada malamnya juga. Inilah hantu yang dikatakan...
Ada juga kategori hantu-hantu yang lain, yang disenaraikan sebagai hantu yang tidak membahayakan kerana tidak menelan atau menghisap darah manusia, yang ini pula kategori hantu tudung. Pada mulanya aku tidak percaya ada kawan yang bercerita tentang orang beli tudung kena beratur. Nah, kebetulan aku lalu di butik tudung berdekatan dengan rumah aku, yang menyebabkan aku snap gambar orang beratur membeli tudung kerana rekaannya akan hanya ada keluaran untuk sekali dan tidak akan ada lagi, tetapi harganya mencecah ratusan ringgit untuk sehelai tudung. Ya Allah alangkah bagusnya mereka sanggup menjaga aurat dengan nilaian yang mahal tetapi hakikatnya mereka membazir dalam berfesyen. (huisshhh.. mengeluh, mata dongak ke atas, tangan di bahu, lidah jelir... pelbagai ragam manusia ni).
Ada juga yang bukan hantu, hehehe.. alhamdulillah sepanjang belajar di UiTM Shah Alam, minggu lepas inilah yang pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Masjid dalam Universiti. Jangan salah sangka, biasanya kami akan berjemaah di surau di Fakulti Undang-undang dan bahagia dalam berjemaah. Ada peguam senior, ada pemilik firma gauaman, ada hakim dan juga majistrate yang turut solat di belakang aku, begitu Islam mengangkat imam di hadapan yang lain, tidak boleh dua imam, dan kena patuh dan ikut imam.
yang ini bukan hantu, tetapi pujaan hatiku dengan telefon antik awal 90an..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan