UKM Bangi, 5nov2012 - aku dah sampai ke stage ini, tidaklah tertinggi namun sedang mendaki. Puncaknya tinggi dan berduri-duri, siapa sanggup dia akan tempuhi. Bersama rakan seperjuangan dari degree, master dan kini Ph.D, Izzat amsyar teman di sisi, susah senang kerap berkongsi, kerana teringat pesan nabi, dalam hidup ini, carilah rakan sejati, barulah harumannya menjadi wangi, agar melekat di badan sendiri.
Perundangan adalah umpama lautan yang luas, apa sektor yang mahu dijuruskan dan diperincikan, aku menjuruskan kajianku berkaitan bidangkuasa mahkamah dan juga kewangan Islam, dan aku mengikuti seminar-seminar yang berkaitan terutama di bahagian perundangan negara. Kajian yang aku buat adalah bagi membantu negara dan menegakkan syiar Islam dengan sumbangan kajian berkaitan isu-isu kewangan Islam di bank-bank.
Bersama panelis-panelis yang akuu kagumi seperti Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Dr.Zaharuddin dan Tun Abdul Hamid bekas Ketua Hakim Negara malah kesempatan itu juga dirakam bersama-sama dengan Tan Sri Ghani Patail dan juga Tan Sri Syeikh Ghazali, ulama yang mewakili Malaysia dalam sidang-sidang perundangan Syariah di peringkat antarabangsa. Banyak tohmahan yang dibuat pada mereka, dan aku merakam perbualan aku bersama mereka untuk dijadikan arkib kajianku.
Kata Tan Sri Ghani Patail, peguam negara, ornag marah pada saya kerana tidak mengizinkan tuntutan orang Islam pada sebidang tanah yang mahu digunakan untuk mendirikan masjid, jawapannya cukup jelas, takkan saya mahu izinkan masjid di bina di tanah yang milik orang dan hukumnya haram. Masjid itu suci tetapi bila didirikan di atas tanah orang akan jadi haram, malah beratus-ratus permohonan dibatalkan untuk membina kuil telah saya tolak. dalam hatiku berbisik, bukan senang untuk menjadi hakim. Teringat hadith nabi SAW, ..'Qodiyan fin Nar'... ada yang berjenakan, di Yan Kedah tiada qadi, sebab dah disebut qadiyan dalam neraka, hehehe... qadiyan ni maksudnya daripada 3 orang qadi dua dalam neraka dan hanya seorang di syurga.
kalau dah pergi seminar, kenalah juga membentangkan hasil dapatan yang diperolehi, dan yang seronoknya selain kena hentam aku juga menghentam hakim seminar atau penyemak kertas kerja dahulu yang menggunakan perkataan waqf dalam bahasa inggeris sedangkan aku menggunakan ejaan wakaf walaupun di dalam bahasa inggeris kerana sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Heehee.. seronok juga membentangkan sesuatu yang menjadi tumpuan di hadapan para profesor, dosen, doktorat dan cendekiawan yang lain, sehinggakan aku dipanggil penceramah agama ketika membincangkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan