Kangar, 2Nov2012 - melangsungkan kesinambungan semangat dan harapan dalam bidang guaman dengan menuju ke destinasi yang sememangnya aku tidak pernah sampai walaupun aku adalah seorang rakyat Malaysia yang tulen. Aku ke Perlis Indera Kayangan, aku tak tahu kenapa laqob gelarannya begitu, mungkin disebabkan kesan pengaruh daripada kesultanan Siam di sebelah negerinya. Aku ke sana tidak memandu, sebaliknya menggunakan bas Ekspress dan ini kali kedua aku menggunakan Sani Ekspress. Aku kecewa dengan perkhidmatannya apatah lagi orang seperti aku yang pertama hendak ke sana.
Aku tertidur sebenarnya kerana bas dari perhentian Kajang bertolak pada jam 10 malam, dan aku pula menggunakan kelengkapan AirAsia dengan penutup mata, selimut dan topi, sungguh enak lena di dalamnya, tapi yang menyebabkan aku bengang, dah lah stesen bas di sana tiada tulis lokasi di mana, dengan gelap gelita dan akhir sekali aku terlajak sampai Kuala Perlis, maknanya dah terlebih daripada stesen Kangar. Bila aku tanya pemandu bas itu, dia kata tak tau, saya sampai sini ja, hem terpaksalah aku menaiki teksi sapu dan menghala ke Kangar, mujurlah tak jauh.
Di sana, setibanya dalam waktu subuh dan dapat aku menunaikan di masjid-masjid area sana dan menyiapkan diri dan tak sangka pula bila berada di sana, ada di antara anak didik ku dari Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM) yang sedang menjalani praktikal di sana menyapaku dan membantuku sedaya mampu, Alhamdulillah urusan sangat mudah. Benarlah kata ibuku, menjadi pendidik ini manisnya bila ditegur oleh anak murid, ya abah seorang guru, umi seorang penysarah, dan aku? sapu semua kalau boleh lah, hehehe...
aku mengajarnya Undang-undang tanah...
bersama-sama junior di satu institusi pengajian tinggi awam yang lain, hehehe dan mereka juga masih berteka-teki tentang masa depan...
dan aku adalah calon pertama yang ditemuduga, sangat bersyukur kerana segala perjalanan ku dipermudahkan, aku menjawab soalan panel sehinggakan ada salah seorang penemuduga yang menyatakan muka aku familiar di kaca TV, dan sennag untuk aku tanpa mendakwa kenalan ini atau itu, kabel besar mana atau siapa sedara di dalam sana, aku berdiri atas kakiku sendiri.
bertolak dari kajang 10pm, sampai di setesen Kangar 6am, temuduga 9.30am naik bas balik ke kajang 10.30am, trip sehari dan aku teruja menaiki bas dua tingkat dan tiba di perhentian kajang dalam 7.30pm. satu tempat di Perlis yang menjadi bahan fikiranku di dalam bas ialah Wangkelian, atau aku gelarkan Wang Kalian, maksudnya duit anda. Yelah, situ kan tempat membeli belah, sebab tu dipanggil wang kalian, hem ada benarnya tak???
Masjid Raja Alwi Kangar, simpel dan praktikal. Moga hatiku masih melekat pada masjid-masjid Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan