Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 24 Ogos 2011

Hantu Bonceng??? Hantu Masjid

Bangsar,25ogos2011 - Jam pukul 8.41pagi. Aku seorang di ofis melihat semula artikel berkaitan menyambut hari raya yang diminta oleh seorang wartawan dari harian metro semalam. Bila baca balik macam kelakar pun ada. Aik, mana boleh diri sendiri cakap kelakar kat diri sendiri. hahaha.. Anyway sebelum keluaran tu keluar di dada-dada akhbar, lebih baik aku masukkan di laman blog ini agar dapat dikongsi jika ada manfaat kepada pembaca.

Sebelum tu, .saje aku kongsikan juga tentang gambar di bawah ini. kalau ikutkan lagi 4 hari sahaja lagi nak menyambut syawal namun di tengah-tengah kecoh berqiamulail ada satu gambar yang secara tidak sengaja diambil oleh pengawal keselamatan masjidku. Ambil gambar malam dalam dewan syarahan masjid. hasilnya... kalau nak best lagi cuba zoom sebelah kiri anda. memang diizinkan Allah untuk kita melihatnya.

Ustaz, kata bila bulan puasa hantu iblis kena tangkap, gambar ni ada nampak entiti tu, macam mana ni ustaz? hehehehe... betul hadith tu malah Allah juga berfirman yang mafhumnya kita tidak akan melihat mereka namun mereka iaitu iblis syaitan melihat kita semua. ini lah kuasa Allah, jika diizinkan kita untuk melihatnya maka kita dapat melihatnya. moga gambar ini bukanlah menjadi fitnah, mak.. takutnya ke masjid... ada...haaaaa ...... nnnnnn....??? moga jawapan kita masih menggunakan ilmu.

bagi pembaca blog ini mesti mencari-cari apakah kekuatan untuk menjauhi gangguan seperti ini. semua orang tahu baca ayat kursi dan lain-lain, tapi bila ternampaklah atau diganggu, habis terkelu dan tak tahu nak buat apa.. kesian. kerana itu al-Quran dan amalan itu bukan bermusim mahupun bertempoh. perlua diamalkan sentiasa. kesempatan dijemput memuliakan al-Quran tidak akan aku lepaskan lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan. Jmeputan dari pihak SMK Mantin semalam dengan majlis Khatam al-Quran dan ceramah berkaitannya. Tergelak-gelak mereka apabila diusik, tetapi dapat sesuatu tak apa yang aku ucapkan??? hem..



Di kesempatan ramadhan ini juga tidak salah jika kita juga turut menyumbang sesuatu kepada yang perlu. Sumbangan tersebut kerana menggalakkan masyarakat memuliakan dan beramal dengan Quran. Allahumaj'alil Quranu Qarina wa Mu'nisa wa Shodiqo... Ya Allah jadikanlah al-Qiran itu sebagai pendamping, pembimbing dan Teman kami...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan