Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 25 Ogos 2011

Soalan Wartawan METRO.. lepat, jangan tak lipat

KLCC, 26ogos2011 - sebagaimana dijanjikan antara soalan yang perlua aku jawab dengan cara yang sesantai boleh... hehehe, harap lepas ni jangan malas baca artikel agama

1.Amalan ziarah mahabbah menjadi satu kemestian setiap kali musim perayaan dan amat dituntut dalam Islam. Apakah cara terbaik yg boleh dilakukan umat Islam menambahbaik amalan itu?

Bagi menambahbaik amalan ziarah maka umat Islam perlulah meneladani dan mencontohi amalan ziarah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Tiada nasihat yang lebih baik selain nasihat berpandukan al-Quran dan as-Sunnah malah tiada teori ajaib yang membolehkan ini campur ini jadi sebagaimana jawapan yang dikehendaki. Minda kena cerah malah tulisan yang agak panjang ini juga menyebabkan kita malas menelitinya sehingga habis dan dijadikan peringatan.


Berbalik kepada topik perbincangan, beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar hasil amalan semasa Ramadhan yang baru berlalu dapat dipamerkan kejayaannya pada Syawal yang menjelang. Kenapa? Kerana penambahan usia kita dari semasa sudah pasti sewajarnya penambahan ilmu dan kematangan kita berfikir. Kalau zaman kanak-kanak kita sentiasa menantikan baju dan duit raya adakah wajar situasi itu masih sama pada masa kita dewasa? Kita pula yang sewajarnya memberi duit raya dan menghadiahkan baju raya kepada ibubapa tercinta dan itulah bukti kita makin sepatutnya lebih taat menjadi hamba Allah. Kadang-kadang kita hairan kalau sudah dewasa pun masih teruja membeli baju raya yang pelbagai warna sedangkan semua warna yang ada dalam set pensel warna telah pun kita miliki, hati-hati khuatir bisikan iblis berjaya menguasai kita.

Lihat faktor-faktor negatif menyambut hari raya. Pembaziran dari sudut makan minum, berhias dan berbagai lagi. Ditambah dengan sikap buang masa melepak di hadapan kaca TV menonton rancangan TV yang lebih 20 kali ditayangkan, kesian kan kita? Lebih meruncing jika pendedahan aurat, menjaja cerita buruk orang lain, dan macam-macam lagi perkara yang tidak baik menjadi kesempatan bagi kita melakukannya semasa ziarah menziarahi. Padahal kesemua amalan negatif itu yang kita telah berjaya tinggalkan pada Ramadhan lalu dan perlulah difahami ianya bukanlah dihalalkan dengan kedatangan Syawal yang mulia. Termasuklah perkara yang kita selalu lepas pandang iaitu adab pergaulan ipar duai sehingga biasa terjadi apabila bersalaman antara lelaki dan perempuan tanpa menjaga batas hubungan malah sekiranya kita pulang berhari raya dengan tidak menjaga halal haram tersebut dengan acara tidur beramai-ramai di ruang tamu. Takut-takut adegan tertukar bini pula maklumlah siapa sedar semasa tidur. Ditambah lagi kunjung mengunjung inilah peluang bagi dewasa muda ingin memperkenalkan buah hati masing-masing kepada bakal mak mentua. Kemudian disusuli dengan keluar beduaan ke pusat-pusat hiburan kerana sangka mereka itulah Hari Raya, kalau inilah anggapan masyarakat sewajarnya berwaspada menyambut hari raya merbahaya seolah meniru barat menyambut 'New Year'.


2.Komen ustaz mengenai ada kalangan anak2 remaja yg tidak lagi menyuburkan amalan ziarah menziarahi ni kerana mereka lebih gemar duduk di rumah menonton televisyen. Malah jika ada saudara mara berkunjung ke rumah, mereka pula kurang mesra seakan tidak rapat dgn saudara sendiri.Bagaimana cara dan nasihat kpd golongan berkenaan terutamanya yg tnggal di kawasan perumahan di bandar yg kurang penghayatannya mengenai amalan itu berbanding suasana di kampung yg lebih meriah?

Sudah menjadi kebiasaan kepada generasi muda pada hari ini apabila pulang ke desa berhari raya terasa bosan apabila berada di rumah datuk dan nenek mereka. Lantas menjadikan TV sebagai gelanggangan mereka melepak dan terhakisnya budaya ziarah menziarahi. Apatah lagi bila mereka pulang ke rumah di bandar-bandar dari desa dengan tiada apa tujuan dan pengajaran yang dapat diambil dari semangat ziarah di kampung. Antara yang perlu ditekankan oleh kita beberapa adab ziarah yang selalu kita abaikan, sebagai contoh jarang daripada ibubapa yang memaklumkan kenapa perlu ziarah menziarahi terutama semasa Hari Raya dan kesannya anak-anak memandang suram dan lesu untuk berziarah walaupun tetamu yang bakal dikunjung akan menjamu dengan makanan yang lazat dan duit raya. Ini disebabkan hidangan siaran di kaca tv lebih menarik perhatian anak-anak disamping wang raya yang diberikan oleh ibu bapa telah cukup bagi mereka. Jadi wajar ibu bapa memaklumkan kepada anak-anak semasa berziarah akan tujuan, mengenali saudara mara dan juga adab-adab ziarah agar mereka teruja, contoh ini Pak Lang kamu yang dulu jadi askar sehingga mencapai kemerdekaan banyak cerita semasa bertempur dengan musuh, ini bakal membakar semangat anak-anak untuk ziarah rumah Pak Lang mereka samalah juga jika kita maklumkan pada anak-anak kita yang khayal menonton Rancangan Ultraman dengan menyatakan Ultraman mesti menang bila lawan raksasa sebab ayah dah tengok 20 tahun dahulu.

Memahami tujuan dan kepentingan ziarah sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila kita menerima tetamu yang datang ziarah dengan layanan yang mesra dan sempurna akan beroleh seribu rahmat dan menjauhkan dari seribu kecelakaan. Justeru wajar di kawasan-kawasan perumahan di bandar menghidupkan semula amalan ziarah di kampung kembali ke bandar. Aktiviti yang ada di kampung perlu di hidupkan di bandar. Amat sedih lagi namanya sahaja yang kampung seperti kampung pandan, suasana kampung hampir langsung tiada, wujudkanlah marhaban, baraan dalam adat orang jawa atau budaya disebelah Johor dengan ziarah secara bergilir-gilir dari satu rumah ke rumah dengan melibatkan anak-anak muda. Pasti mereka bersemangat sekaligus proses menziarahi jiran yang selama ini kita tidak kenal dapat dijayakan kerana kita berkunjung secara beramai-ramai. Malu dapat disapu. Ingat, pesan nabi jiran tetangga itu 40 rumah di sekeliling kita.


3. Apakah hikmah memeriahkan amalan kunjung mengunjung ni kpd umat Islam?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tuntutan dalam Islam itu sendiri yang menuntut penganutnya bermuafakat dalam pergaulan, maaf-bermaafan, doakan kebaikan kepada saudaranya, bahkan nabi s.a.w bersabda iman seseorang Islam itu bergantung kepada kasih sayang saudaranya yang lain. Inilah hikmah jika kita dapat menyemarakkan amalan ini sehingga mencapat target ziarah, bukannya kuih raya popular di rumah mereka. Kadang-kadang anak-anak kita mesti bertanya, 'ayah kenapa kita nak pergi rumah orang itu? Sebagai ibubapa janganlah kita mematikan semangat ingin tahunya dengan menjawab, 'ikut sahaja, atau dia saudara kita sahaja', malah berilah jawapan yang menarik minat mereka seperti, kita ziarahi dia kerana kita nak bertanya khabar tentang mereka kerana ayah dan ibu sudah lama tidak bertemu. Semoga kunjungan itu dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita dan dapat bermaafan disamping melengkapkan amalan ramadhan kita dengan doa yang bakal kita doakan dan didoakan. Jawapan sebegini walaupun mudah namun anak-anak pasti dapat mengingatinya kerana mereka dapat fahaminya. Contohnya, membantu orang itu indahnya apabila yang ditolong mengucapkan terima kasih. Indahnya ziarah apabila senyuman diukir, persaudaraan dirapat, Rahmat Allah pastikan didakap.


4. Pendapat ustaz mengenai situasi ada kalangan ahli masyarakat kita yg bersengketa namun tidak memanfaatkan peluang bermaafan di hari mulia ni. Mereka saling keras hati dan hanya menunggu salah seorang menghulur maaf dahulu sehingga penyudahnya tiada yg mahu mendahulukan maaf. Bermakna hubungan mereka tidak berjaya ditautkan. Ia bertentangan dgn semangat persahabtan dan nilai2 murni saudara sesama Islam.

Nabi s.a.w ada menyebut di dalam hadith dengan mafhum tangan yang di atas lebih baik dari yang dibawah. Memberi lebih hebat dari yang menerima. Mereka yang menghulurkan tangan kemaafan dan perdamaian lebih bertaqwa dan diangkat darjat mereka seperti yang tarcatat dala surah al-Hujurat tentang orang bertaqwa. Kita merasa seseorang itu kagum dan hebat jika memiliki harta benda yang banyak sedangkan atlit bina badan itu juga terpaksa menyembur racun serangga jika diganggu oleh nyamuk. Apa maknanya? Tiada makna.

Kita juga tidak boleh memaksa orang supaya menghulurkan kemaafan terlebih dahulu, lantas doakan hidayah itu diperolehi oleh puak yang bertelagah agar menyelesaikan pertelingkahan. Ingat pesan nabi s.a.w mereka yang memutuskan silaturrahim lebih dari 3 hari tidak akan menghidu bau syurga. Ego kita ni sejauh mana? Setinggi menara KLCC? Sedalam lautan? Sifat kehambaan ini akan subur jika mereka berjaya semasa persekolahan Ramadhan lalu.


5. Mungkin ustaz boleh jelaskn beberapa adab kita berkunjung ke rumah teman,saudara atau jiran tetangga?

Diantara adab-adab ziarah yang kita terlepas pandang ialah seperti waktu berziarah, ramai di kalangan kita yang beristilah raya sakan sehingga menganggap 12.00 malam masih relevan untuk ziarah, sepatutnya kita juga wajar memikirkan sekiranya kita adalah tuan rumah yang telah diziarahi oleh tetamu sehari sehinggalah lewat malam dengan rasa kepenatan sudah pasti tetamu yang terakhir akan dilayan dengan acuh dan tidak acuh.

Seterusnya tekankan juga tentang adab-adab ziarah di dalam perjalanan, contohnya semasa berkunjung ke rumah dengan kenderaan yang mengaum bak singa kelaparan kerana salur asap 'ekzos' sebesar meriam gajah dengan membawa secara laju dan lagak. Wajib kita sedari firman Allah s.w.t di dalam surah isra' ayat 37 yang menyatakan 'janganlah kamu jalan atas muka bumi ini dengan perasaan sombong'. Akibatnya, banyak kemalangan terjadi kerana menurut nafsu. Harapkan ketupat dan lemang, kemalangan pula menimpa.

Para tetamu wajar datang pada masa yang betul dan dahulukan salam sebanyak 3 kali sahaja dengan nada suara yang sewajarnya. Jangan terlalu kuat sehingga mengejutkan tuan rumah atau terlalu perlahan kerana sebenarnya kita malas dan tidak mahu menziarahinya namun hanya buat syarat kalau ada, baru nak masuk mungkin disebabkan sengketa yang lalu dan inilah realiti tibanya Syawal. Kebanyakan dari kita main redah dan terus melulu masuk sehinggakan kadang-kadang tuan rumah dalam keadaan yang tidak bersedia terutama apabila tidak sempat menjaga auratnya. Silap-silap hanya bersampin sahaja tuan rumah tanpa baju melayu. Ini bukan rancangan Bang Bang Boom.

Pesan pada anak-anak duit raya yang diberikan oleh tuan rumah sekadar bersedeqah kepada kita kerana mahu menggembirakan sahaja, pupuk perasaan tidak mengapa jika tiada kerana bukanlah satu kewajipan malah mengikut kemampuan. Semaikanlah satu budaya ziarah menziarahi di hari raya dengan mengunjur kepada agama nescaya hidup kita sejahtera dunia, syurga pasti menunggu kita. Wallahua'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan