Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Sabtu, 6 Ogos 2011

Minggu pertama menghisab diri

Melaka Perdana, 6 Ogos 2011/6 Ramadhan - Jam baru pukul 5;30 petang dan ini bermakna ada kurang lebih setengah jam untuk berbuka bezanya aku di Melaka kerana selama ini aku telah berbuka di atas jalan, dalam kereta dan di rumah. hem kesempatan berarah atau bertukar angin di rumah mertuaku adalah satu kenikmatan kerana diberikan kelapangan masa untukku bermesra bersama keluarga. Pernah isteriku merungut kerana jarang pulang ke kampungnya setelah berkahwin denganku, apa nak dikata sunnah orang berjuang. Susah dan menderita malahan kedua ibubapaku yang di sebelah pun jarang sekali aku bergaul mesra. Hakikat.


Pagi tadi sewaktu menitip khabar ke kampung di Melaka, Mak lang ku sibuk menceritakan perihal menantunya ada lah nada rungutan dan tak semena-mena nada pujian kepadu ku anak beranak, kerana antara isu yang diperkatakan perihal anak. Alhamdulillah aku dikurniakan Anas. Ingin saje aku khabarkan kepada dunia, rezeki dari Allah memang tidak disangka dan ditambah lagi rasa kesyukuran kepada Allah sebagaimana firman Allah anak pinak adalah fitnah bagi kamu. Aku pula amat menitik beratkan perihal pendidikan dan disiplin. Sekarang ni xpelah baru nak setahun boleh lah main puas-puas, esok lusa dah membesar dan pandai bercakap dan buat itu dan ini, bertambah lah cabaran sebagai ibubapa. Mudah-mudahan yang terbaik dunia akhirat yang ku pinta.

Semenjak dua menjak masuk tiga menjak ni memang aku selalu bercerita perihal keluarga, sekiranya inginku sentuh pasal bab kerja aku akui aku bukanlah pekerja terbaik, selalu sahaja aku 'mengulor' dan alhamdulillah baru 2 bulan aku bertugas aku telah berjaya memperolehi kes-kes sendiri. Aku yakin dalam bidang aku cumanya aku perlukan masa memperbaiki apa yang ada agar lebih berjaya. Doakan aku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan