Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Ahad, 21 Ogos 2011

Yahoooo Rayooooo

Bangsar, senin, 22ogos2011 - Rasalah ketupat ini,....lalala dengan rendangnya sekali, ..lalala... oh lagu raya kiri kanan atas bawah dah dengar, kalau nak diikutkan dalam lebih kurang 7 ke 8 hari je lagi nak sambut raya maka berlalulah ramadhan yang dicintai yang dirindukan kedatangannya sekali lagi dan yang dirisaui adakah kita berpeluang bersamanya lagi. Ya Allah jumpakan kami dengan ramadhan akan datang.

Kena dengan tema ramadhan 1000 bulan dan 1000 rahmat dan ramadhan ini mengecapi segala nikmat kurniaannya dengan terasa manis dan indah walaupun pahit pada asalnya. bagi mereka yang mengikuti blog yang tak glamour ini mesti terhidu apa yang cuba ku maksudkan ialah Allah taala uji aku berkaitan masalah pentadbiran masjid kerana sabar dan benar alhamdulillah segalanya kembali ke arah penjernihan dan sejahtera. Anakku sihat gembira setelah terganggu kesihatan dia. Allah juga mengizinkan beberapa rancanganku berjaya dilaksanakan. Pengiktirafan tadika Islam di bawah kelolaan syarikatku. Alhamdulillah ya Allah, syukur..syukur..syukur.. moga ditambahkan lagi sejahtera dan makmur(teringat kuih makmur).

kenangan para jemaah muslimat Ustazah Dato Siti Norbahyah Mahmood, teringat tahun 2005 pernah digandingkan dengan beliau dalam rancangan al-Kuliyyah di TV3 dengan tajuk cinta. hahahahaha.... masa tu baru berumur 2o tahun dan bercakap tentang CINTA, macam i ni Doctor LOVE lah. kuikuikui... berkat cara khutbah ku telah memikat penerbit rancangan iaitu Ustaz Wan Jejak Rasul.

alahai si encem ni tengok kamera. hehehe ni masa berbuka di Restoran Atap-atap di Nilai dengan kawan-kawan semasa belajar di USIM. sekejap je masa berlalu, tahniah untuk mami yang nak berkahwin dalam 3 hari lepas raya (x sabar ke.. hehehe) xsempat nak collect duit raya.

Semasa pertengahan Ramadhan, Anas kena lagi penyakit Bronkitis. Batuk, kahak, xlena tidur, badan panas dan sehingga aku tertanggu dari bertugas di masjid, kerja di pejabat kerana ulang alik ke Hosptal Serdang dan Az-Zahrah Bangi, cemas sehingga doktor pakar kanak-kanak mengesyaki dia boleh kena Asma sekiranya keadaan berlarutan lebih 3 hari. Ya Allah, betapa berharganya kesihatan di kala hamba-Mu kesakitan. So, mana yang kawan-kawan tengah makan berbuka tak hengat dunya, so kena kawal makan, minum semua ingat...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan