Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Sabtu, 27 Ogos 2011

Shopping Raya...

Nilai, 28ogos2011 - lagi sehari sahaja untuk menyambut Syawal dan sudah menjadi rutin seluruh muslimin ketibaan Syawal disambut dengan segembira boleh, dan di Malaysia sudah pasti aku tidak lari daripada adat ini akan menyambut raya dengan sesuatu yang baru. Ironinya, nafsu beraya telah lesu mungkin kerana faktor usia pun makin maju. Orang tanya, ustaz baju raya warna apa? Berapa helai? hahahaha... soalan yang aku suka nak pangkah. Saya tahun ni tak beli lah baju melayu sebab segala set warna pensil warna LUNA saya dah ada, lagipun pakainya pun jarang-jarang, kadang-kadang.



Fokus yang diutamakan ialah keluarga tercenta. Dieja dengan sedemikian bagi menekankan bahawa centaku masih pada yang sama, ialah orang gembira bila berbaju baru, berkasut baharu, bini tetap lama, kuikuikui... baru A best! So aku pun ber'shopping' jugalah untuk keluarga semalam. Oh ya, pagi ini selepas mengimamkan solat subuh seorang rakan yang telah lama tidak berjumpa memelukku dan mengucapkan alhadulillah malam tadi dapat berterawih bersamaku wajah gembiranya terpancar setelah kami dipisahkan selama hampir 10tahun ketika sama-sama menuntut di Pusat Bahasa Arab Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri. hahaha banyak kenangan di sana. Sangat berkenangan, sehingga dulu aku telah mengusiknya aku nak tengok dia kawin tak dengan kawan perempuan yang bercinta semasa kursus dahulu, jawapannya TIDAK. hahahaha... indahnya jodoh.



Dipendekkan cerita, berikut adalah list raya yang telah dikopak-kopekkan poketku menyambut raya, tetapi terbalas dengan kegembiraan mereka adalah juga kegembiraanku.


1) Baju raya ANAS = RM 120(nasib baik nenek dia bagi baju raya juga, tq umi..)

2) Baju raya isteri = self sponsored (kongsi berkongsi membawa bahagia) dia dah ada lah beberapa pasang tetapi semalam bertanyakan padaku, 'nak baju lagi boleh tak?' mudah je aku balas, 'kan dah ada, kain kapan tak beli sekali ke'... kuikuikui.. ini bukanlah ayat cari pasal, tetapi pasal baju dia je sealmari tapi takpun pakai semua... hehehe defence seorang suami.

3) Kasut raya isteri = RM 60

4) Baju raya aku hanyalah 2 helai kemeja = RM 150 (hehehe.. DURBAN) lagi praktikal aku beli baju ni kerana lepas raya nak masuk belajar balik, so boleh guna.

5) Akseseori butang raya = RM 15


wah... chan... jimatnya, lebih kurang RM 345 je,, hahaha.. best..best.. TETAPI!


- bayar ALPHARD = RM2,100

- bayar TRITON = RM 1,120

- tukar 2 biji tayar ALPHARD raya = RM 945

- tukar 2 biji tayar TRITON = RM 1,030

- bayar superbike = RM 750

- bayar rumah = RM 2,500

- bayar LIVINA = RM 920

- bayar URVAN = RM 1,054

- hidup roadtax ALPHARD = RM 4,300

- standby minyak kereta, tol nak balik raya = RM 500

- duit raya untuk anak buah, adik beradik, makcik pakcik = RM 500


tarik nafas jap, ni tak termasuk utilitis... hehehe bukan nak kecoh tetapi kalau yang baca blog ni seorang isteri nasihat guaman percuma saya ialah simpan resit-resit ni semua ya untuk jaminan masa 'hadapan' jika berlaku lah...


raya 2010, masih berdua... lalala dalam perut lagi ANAS masa ni
raya 2009 di studio Batu Pahat, tahun ni cadang lepas solat nak ambil gambar sekeluarga
raya 2007, masa ni Atheef jadi kesayangan semua, hehe... senyum...


raya tahun 2006, masa ni arwah Bak masih sihat dan banyak bercerita. aku juga gembira kerana setiap kali satu Syawal menjelma maknanya hari kelahiranku pada tahun 1984...

2 ulasan:

  1. comelnya anas..semoga imam & isteri bahagia berkekalan..
    upload pic family..ada tmbahan org baru ni..anas..hehe..

    BalasPadam
  2. tu diaa... banyaknya belanja. syukur alhamdulillah. murah rezeki.

    BalasPadam