Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 22 Ogos 2011

Semua ingat pasal RAYA...

Bangsar, 23Ogos2011 - Semalam seorang rakan dari Harian Metro menghubungi aku dengan memaklumkan temubual aku bersama dia akan ada pada keluaran 2 September ini dan akan menghubungiku dalam masa terdekat bertanyakan tentang kaedah terbaik sambutan aidilfitri yang sewajarnya yang patuh SHARIAH. Ok. Itu sahaja reaksi yang aku pamerkan, yelah takkan nak beriya yahooo aku di interview wartawan oh aku masuk TV oh aku terkenal dan sebaganya, untuk apa dan siapa serta kenapa? Mungkin merasakan nama, pangkat, harta dan segalanya itu lebih penting, bermakna dan hebat berbanding Tuhan yang menciptakan segalanya. Tuhan yang penyayang dan Maha Mengasihani memberikan kita ruang bertaubat dan mengkoreksi diri terutama dalam bulan Ramadhan yang kian pergi. Sayunya.. kerana amalan kita tak seberapa cuma.

Merenungkan musibah yang melanda Somalia dengan kebuluran melampau yang mana Allah uji mereka dengan kurangnya makan menyebabkan negara mereka terasa mati. Aku pernah dimaklumkan oleh wartawan yang ke Dafurr, di Afrika yang mana kedhoifan mereka sehinggakan lapangan antarabangsa mereka hanyalah padang-padang pasir yang lapang. Benarlah Allah menguji kita dengan ketakutan, kelaparan, kematian dan kekurangan harta benda.

Lihat sahaja gambar ini yang perlu difikirkan sedalam mana yang mampu kerana kita di Malaysia mati kerana terlebih makan. Aku juga berazam pada diriku bahawa aku akan banyakkan berpuasa sunat sebaik sahaja Ramadhan berlalu, kerana masa kerja dan belajar sememangnya berbeza, masa belajar kita takut nak puasa sunat kerana takut kelaparan mengganggu fokus dalam pelajaran atau mengganggu kosentrasi ketika ujian, kerana apa? Takut dapat markah sedikit. Nah, fasa kerja yang dirasakan ini biasa sahaja dan membolehkan aku berpuasa sebaik mungkin kerana selesa berhawa dingin.

Sambung balik perihal Raya, di antara tabiat yang buat tebiat kita pabila sambutan raya ialah segala-galanya yang baharu sedangkan nasihat para alim 'ulama ialah menggantikan pakaian yang baharu itu semasa menyambut kedatangan ramadhan kerana setiap hari akan melakukan solat-solat sunat dan khuatir jika hanya satu pakaian akan menyebabkan pakaian putih menjadi kuning Komuter Seputeh pulak. hahaha, (gelak pula) padahal aku juga sama juga dengan perangai mereka manakan tidak sebelum ramadhan aku sibuk bertanyakan pasal KERETA di bawah ini.


Fuuuuuhhhhh... namun apakan daya, namaku sahaja ada 8 biji kenderaan yang menyukarkan aku untuk menambah lagi. Bila syukur Allah akan tambahkan? hehehe...

Kesimpulan coretanku padaku kali ini ialah semua manusia ada jalan yang mereka pilih cuma janganlah tersalah pilih kerana hidup ini hanya sekali. Aku kongsikan kegembiran, keduakaan, keriangan dan kehampaan pada keluarga tersayang dan semasa berbuka di Hotel Equatorial Bangi aku terjumpa seorang yang jemaah yang regular dan pernah berguru mengaji denganku dan katanya dia suka cara penyampaian syarahanku kerana ianya masuk ke dalam hati. Alhamdulillah, guruku pernah menyebut kalau kita ucap dari hati ia akan sampai di hati. Hanya Allah aku titipkan syukur ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan