Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 31 Ogos 2011

Syawal Kethalith... FERRARI FERRAZI

Alor Gajah, 1092011 - ada kesempatan di raya ini aku curi-curi menulis seketika, dan terkejut juga bila buka blog dah ada 21 followers, terharu juga ni, mana taknye, aku bukanlah sepopular YUNA yang baru dilabel sebagai artis tempatan bertaraf antarabangsa dengan pengiktirafan followers puluhan ribu orang di facebook dan tweeternya. Memanglah bukan dia yang minta tetapi teringat aku akan hadith dan ayat al-Quran di hujung-hujung surah al-an'am apabila di padang mahsyar esok Allah s.w.t akan panggil semua makhluk yang menjadi pujaan, sembahan kepada pengikut-pengikutnya yang sesat termasuklah para artis, patung-patung berhala dan juga Nabi isa a.s beserta dengan ibunya Maryam a.s. Mafhum hadith Qudsi, Allah akan memanggil terlebih dahulu Raja-raja, pembesar-pembesar.. "aina mulukal ar-dh?" Mana dia raja-raja dunia... bila duduk di atas tikar sejadah tatkala malam makin rebah, ketika iman bertambah dan saat bermuhasabah, nescaya air matakan jatuh ke bumi. Pelbagai soalan bermain di fikiran, akukah alhli syurga itu? Akukah ahli neraka itu? Akukah yang Allah sayangi atau dibenci? kedinginan berqiamulail semasa ramadhan terimbau saat manis berkhalwah dengan Ilahi. Ayat di atas macam pernah disebutkan dalam beberapa penulisanku tapi ini yang aku beratkan.


sekiranya ditanyakan aku tentang sambutan aidilfitri yang baru hari ketiga ini, aku hanya tersenyum kerana penuh nikmat dan keringat bergaul bersama rahmat. Raya pertama selepas aku bertugas kali ini ada sedikit kelainan, iaitu mengambil gambar di studio, maklumlah Anas pun dah dekat setahun kemudian terus aku ke Melaka berjumpa mentua, namun mata yang tidak lena malam tadinya kerana Anas meminta untuk dibelai sentiasa, demamnya belum kebah, kahaknya belum musnah, ah.. jahatnya kamu, jahatnya kamu!!! aku.. aku... bagaikan sudah terkena.. lalalala.. apasal lagu STACY yang masuk plak ni??? ehem... serius balik. sampai Melaka aku lena. Petang dalam pukul 3 aku meneruskan ke Batu Pahat dan setiba disana dalam pukul 6petang dan Anas merengek sakit. Buat pembaca yang belum jadi ibubapa di sini ku titipkan tips:

TIPS ANAK COMEL

Anak itu adalah fitnah berdasarkan dalil Quran, kenapa? Kalau anak itu bagus mesti akan terdengar suara sumbang dia anak orang kayo boleh sekolah bagus, NAFIKAN! ini pengalaman aku disaat menulis ini. Tidak semestinya anak yang bagus adalah anak orang kaya dan tidak semestinya anak yang comel ibubapanya segak dan wajah mukanya. Aku ada pengalaman bersama seorang jemaah semasa menunaikan umrah di Mekah. dia menceritakan bagaimana anak-anaknya seramai 5 orang semuanya putih tetapi sampai anaknya yang bongsu mukanya hitam dan lenggok wajah pun berlainan. aku bertanya, kenapa macam tu plak bang? dia menyambung cerita, masa mengandungkan anaknya itu dia dan isterinya bersama-sama mengerjakan umrah, dan sesampainya di Lapangan terbang Jeddah, isterinya terkejut tengok Pak Arab - Pak Arab yang hitam-hitam dan besar-besar, dan sepanjang berada di Tanah Haram isterinya asyik terfikirkan hal tersebut sahaja. Lahir anak yang bongsunya berkulit gelap. Terinagt kata Dr.Azizan di radio, kita apa yang kita fikirkan, kalau kita fikir negatif maka negatiflah kita. Apa yang kita fikirkan semuanya adalah dari kita juga, tiada siapa yang salah, tetapi kita sebagaimana yang kita fikirkan. So menyambung cerita tips anak comel tadi, kenapa orang kaya-kaya selalunya anak-anak mereka cantik-cantik berbeza dengan orang-orang pedalaman, contoh mudah ginilah, kenapa anak orang asli akan dapat muka anak mereka macam mereka juga, iyolah memang kita akan kata pasal anak mereka sebenarnya segalanya bermula dari saat bersama dengan isteri, pernah aku berkongsi cerita dengan Tan Sri Hasrizal, CEO Iktikad Raya yang menjual kereta-kereta mewah dan yang paling best hanya syarikatnya mempunyai pomen kereta FERRARI di Malaysia. Cerita kesusahannya semasa mula-mula berniaga menjual belon, bunga, anak patung semasa majlis konvokesyen universiti dan hanya memiliki 20sen di dalam poket semasa membentang kertas kerja perniagaan di Kementerian. aku kagum kejayaannya kini. Beliau ada berpesan, orang kaya-kaya dapat anak comel di saat suami isteri bersama dengan pakaian tdur sutera, tilam dan suasana mewah di dalam bilik dan juga persekitaran yang sihat dan positif tidak macam orang kebanyakan atau marhain, kadang-kadang bila nak bersama dengan isteri kat tangga rumah pun jadi, dengan kain batik dan pelekat sahaja. Hahaha.. ini bukan ayat aku ya. Pengalaman aku membenarkan kata-katanya kerana aku pernah bersama dengan keluarga angkat yang duduk di kampung yang betul-betul kampung di Kelantan, so banyak minda yang perlu diubah. mindacerah.

sambung cerita pasal raya, sampai je di Batu Pahat terus cakap pada Umi dan Makcik Yea Khamisah, hem kena bawa Anas ke Klinik sebab suhu badan naik dan kalau dia merengek nangis malam ni terpaksalah aku pulang juga ke Nilai, sebab tidak mahu menyusahkan orang lain sampai tak dapat tidur disebabkan gangguannya. Mujur sekali lagi ada klinik buka dan manisnya ada 2 orang jururawat berbangsa cina, comel..comel... hehe teringat Nur aishah Junko, wanita Jepun yang persis Norika Fujiwara yang aku jumpa sehari sebelum raya, nak tahu ke???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan