Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 1 Ogos 2011

Kedatangan Tetamu Mulia

Bangsar, 2OGOS2011=2Ramadhan1432, - Tetamu yang mulia telah kunjung tiba, hari kedua disaatku mengutai tinta, manakan tidak diriku ini terasa hina dek kerana dosa berkontena, terasa tidak layak duduk bermesra bersamanya. Itu semua was-was iblis, buatkan kita lemah, berperasangka buruk dan sadis saling kilis mengilis, jangan ditenung dosa semalam, kerana khuatir akan demam. sebelum ramadhan punyalah takut, risau perut menjadi kecut, apa dibuat pergi ke pusat, cuba melihat apa-apa yang patut dibuat sebagai ubat, punyalah hati teringin semacam, udang galah sebesar talam, di kedai dijual buat santapan, tolak tepi harga dua ekor duit lipan, yang penting tetamu ini tiba aku tidak kempunan.

jangan ditiru perangai naga, apatah lagi perangai buaya, orang lain puasa kita pun serta, cuma risau markah tak cukup nak ke syurga. pagi tadi nak dijadikan cerita, lepas subuh terbukalah puaka, kesal aku bertikam lidah, dengan si dia pembawa fitnah, mana nak sabar aku dikatakan itu dan ini, xsayang mulut pun ini bulan yang dirahmati, mana akhlakmu yang terpuji, semuanya lupa kita sedang diuji, akhir sekali aku membawa diri, berjuang hanya dalam diri sendiri.

sebelum nak bekerja ku coretkan sesuatu, kerana terasa berdosa diriku menulis tentang si Hindu, aku pula yang bawa kes dia, apatah lagi untuk dia keluar agama, dari nama muslim ke non-muslim apa maknanya, namun jangan dinilai dari tulisanku ini, kerana takut salah bertambah jadi dua kali, kesimpulannya akan ku sudahi, ayuh semarakkan cinta ilahi di bulan yang penuh diberkati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan