Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 10 Jun 2011

buta mata, celik hati

Nilai, 11jun2011-pagi ni awan mendung, guruh berdentum tanda hujan akan turun, tapi belum pasti lagi, yang pastinya mata aku makin kuyu ditambah dengan sakit bahu yang dah lebih 3 hari, tergeliat angakt fail yang berat-berat di tambah bawa moto besar nak kena tarik bila parking, huhuhu... banyak guna tenaga masa kerja ni, tapi takpelah yang penting aku tak meminta-minta pada manusia, teringat hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, nabi bersabda Allah lebih suka mereka yang bekerja walaupun menjual kayu api daripada meminta-minta kepada manusia. jadilah mereka yang disukai dan dicintai oleh Allah.


coretan untuk kali ini aku nak kongsikan keta'juban pada Allah s.w.t dengan mengurniakan aku seorang sahabat yang buta mata tetapi celik matahatinya. lebih mengkagumkan sahabatku ini namanya Shukri seorang yang hafiz Quran. Allahu akbar! kagum aku lihat dia dan hidupku bertambah gembira dengan kehadirannya. kadang-kadang manusia yang ramai tidak buta matanya tapi buta hatinya. aku pernah juga menguji beberapa soalan padanya dan sungguh mengkagumkan bila mana shukri selalu berkata kepadaku... Ustaz, motor ustaz warna hijau kan? Aik, macam mana dia tahu ni, terdetik pada hatiku yang dia ni tak buta kut mungkin rabun je, tapi sangkaanku salah kerana dia memang buta dan yang menjadi kehairanan ku lagi apabila mesej yang masuk ke telefon dia pasti dia akan maklumkan apa yang tertulis??? subhanallah, inilah buta mata, tapi celik hati. paling gembira bagiku, setiap kali dia di pejabat sudah pasti aku dan dia akan solat berjemaah bersama.

Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan