Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 13 Jun 2011

Mengadap Undang Luak

PORT DICKSON, 14Jun 2011 - ketika ini aku sedang menuggu majlis pentauliahan jurunikah oleh YM Undang Luak Sungei Ujong Negeri Sembilan. hujan renyai pagi ini membuatkan aku mencapai laptop dan menulis sedikit berkaitan peristiwa semalam. hahahah.. adakah aku pergi berjalan makin jauh???

setelah sekian lama aku menikahkan ahli qaryah di area Nilai dan menggunakan kuasa sek.28 dalam enakmen Negeri Sembilan dan bagi melicinkan lagi perkara ini maka Undang Luak Sungei Ujong Dato Mubarak Bin Dohak mencemar duli mengurniakan tauliah perlantikan.

ceritanya begini, setelah beberapa ketika bekerja di firma guaman di Bangsar, aku sengajalah pergi ke satu sesi temuduga setelah dihubungi oleh syarikat berkenaan. pemiliknya adalah seorang peguam selebriti dan aku xnak mention di sini kerana takut beri prejudis kepada pembaca namun yang bestnya apabila dia menawarkan aku jawatan senior executive dengan tawaran gaji yang menarik bersama dijanjikan dengan saham syarikat kepadaku serta dilantik menjadi ketua agama di syarikatnya. fuuuhh... tersenyum seketika dan terus aku terbayangkan anak kecilku bahagia jika seorang bapa dapat memberikan keselesaan kepada keluarga dan melihat mereka semua bahagia bersama. kuat berangan! cet! apa yang menarik semasa proses temuduga tu, bila saje dia bertanyakan Ustaz ni hafaz quran ke? aku pun ucapkan , insha allah. terus dia tebuk aku bacaan surah annisa dan juga surah ar rahman. hehehe nasib baik x susah sangat, hehehe... alhamdulillah dapat aku jawab dan yang aku rasakan ialah tidak sia-sia meninggikan al-Quran dalam hidup ini kerana Allah pasti menjaga kita.

moga-moga mereka yang di dalama bidang ini jangan sekali-kali putus asa kerana mungkin permulaannya dan pertengahannya agak mencabar dan sukar, tetapi di akhirnya pastikan kejayaan milik kita. Syabas buat nereka yang sabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan