Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 20 Jun 2011

PJK bukan lagi gelaran

MENARA MUTIARA BANGSAR, 20Jun2011 - (EPISOD 1) mungkin ramai bagi pengikut blog ini yang tertanya-tanya ke mana perginya penulis setelah beberapa ketika menyepi dan mendiamkan diri, fuuhh ramai ke yang baca blog ni??? aku tertanya-tanya kepada sang paparan skrin lcd yang diam seribu bahasa. Bahasa komputer hanyalah 01 01 01. tiba-tiba skrin memberitahuku hanya 14 orang je yang ikut, takpelah walaupun sejuk bilangan pembacanya namun panas isi yang ingin nak ditulis.


bermula sebulan yang lalu aku memang telah dipanaskan oleh 'mamat' ni, apabila dia mengadu domba ke jabatan agama menceritakan buruk aku selaku ketua. macam-macam yang dilemparkan sehinggalah saat tibanya aku dipanggil dan menjawab pelbagai jenis soalan dan mujurlah anak aku melalak sekuat alam maka perjumpaan tersebut tidaklah terlalu lama. Kadang-kadang inilah masalah orang agama, selalu lupa gunakan maxim yang agama ajar, 'al-bayyinah ala almudai'e wal yamin 'ala man ankaro' kalau nak dakwa mestilah bawa bahan bukti janganlah terus percaya je. camnolah agomo kito nak comorlang deh ghupo ni perangai orang dalam eh...

kali ni porang yang meletus takkan aku berdiam diri sahaja, akan ku bangkit berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. dan kerana keterlaluan perangai hasad dengki mereka maka aku beranikan diri membuat laporan polis yang mana tuduhan yang dilemparkan itu adalah suatu fitnah yang melampau yang berniat jahat yang berunsur agenda nak jatuhkan aku dari pimpinan masjid. aku insan biasa. kekadang aku menangis mengenangkan perangai umat islam kita, dan air mata ini tidak mungkin lagi ku tahan disaat Subuh hujung minggu dan di kala berjumpa insan yang menjadi tulang belakangku selama ini. aku bisikkan padanya, ustaz... kenapa ustaz letak jawatan dulu, marilah sertai masjid semula dan kita murnikan semula keadaan dan mereka sememangnya dah melampau. aku sebak sambil tanganku menggosok biji mata ini. kejernihan air mata jantan ini bergenang di lekukan kelopak mata(mungkin si Zaff akan kata yang aku tengah menulis novel) tetapi pembaca sekalian, aku ni muka cute, hati pun cute, legend bila kawan-kawan dibelakangku juga legend. aku bukannya kuat sangat. lemah lagi hina.

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan