Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 29 Jun 2011

Today is my 27th belated birthday!!!

MEJA KAUNTER, Bangsar 30jun2011 - Gembira dan syukur kerana aku makin dewasa, segala puji bagi Tuhan yang masih mengizinkan aku hidup lagi dengan penuh misi, misi kesedihan yang melanda corak tugasanku kini biasalah ada insan yang iri hati yang tidak berpuas hati cuba bermain jarum dan api, aku serahkan padamu tuhan.

30jun2011 kira-kira diimbau 27 tahun yang lalu kata ummiku, masa itu bersamaan dengan 1 syawal dan aku dilahrkan disaat takbir raya saup-saup kedengaran di sekitar kualalumpur, sampai arwah atuk-atukku tidak menunaikan solat raya pada tahun itu kerana menuju ke kuala lumpur untuk menyambut kelahiranku, ya Allah terima kasih direzekikan aku nikmat iman dan islam di mana manisnya terasa dalam ketaqwaan. dalam sujudku dalam urusan hidupku. ummi pernah bercakap, kalau tak namaku bukanlah fakhrurrazi tetapi fitri sempena aidilfitri, tetapi namaku kini menyebabkan kecenderunganku dalam menuntut imu, teringat kisah di dalam hadith berkaitan seorang bapa mengadu kepada khalifah umar tentang anaknya yang derhaka kepadanya. maka khalifah memanggil anak tersebut dan bertanya adakah kamu derhaka kepada ayahanda kamu? maka budak itu menjawab, adakah saya seorang derhaka sedangkan ayah sayalah yang derhaka kepada saya. Budak itu beritahu lagi nabi s.a.w bersabda 3 tanggungjawab yang perlu diberikan kepada anak-anak ialah, berikan nama yang baik, memberi didikan yang baik dan memilih untuk anak ini ibu yang baik. Namu ketiga-tiga tanggungjawab ini tidak ditunaikan kerana nama budak ini ialah seekor kumbang, dengan tiada pendidikan yang baik serta ibunya ada seorang perempuan yang tidak baik. Nah, khalifah Umar mnegatakan bahawa benarlah budak ini, dan kamulah ayah yang derhaka.


oh ya, dalam kebelakangan ini aku selalu menggunakan kenderaanku berbentuk kotak bertayar empat dengan nama tunggangan kesayanganku ALPHARD, kuikuikui.. cerita ini bukan pasal takabbur, tetapi masa aku gunakan kenderaan ni memang datang ofis lambat ngan balik pulak lewat. Tak dapat lah nak menyelit-nyelit macam motor, so adalah satu hari ni aku pergi cek kereta di bengkel dan OMG.. terpengaruh bak kata hukama' - Annas 'ala dini 'ilamihim (manusia akan terikut dengan media)... so tayar kereta ni yang baru ditukar tidak sampai setahun dah botak dengan tidak rata, so TIPS yang akan dikongsi pada hari ini ialah kalau kenderaan besar macam van atau apa-apalah yang besar mestilah selalu diperiksa tayar dan chamber kereta agar selamat sentosa dan kepala kita lambat botak. kuikuikuikui...


malam tadi ketika aku pulang ke rumah, Anas telah pun tidur namun ada bunyi kahak dan dia merengek menangis kerana hidungnya sukar bernafas. Alahai, dulu pernah dimasukkan ke hospital kerana ni, sekarang jadi lagi. ujian dan yang pastinya inilah kalau ke taska, senang nak kena selsema dan kahak-kahak. Virus!!! petang ni mummy dia akan bawa Anas ke klinik dan harapnya akan segera sembuh.

akhir kalam, banyak kesedihan berkaitan umat Islam zaman ini dan aku tak cerita yang jauh cukup sekadar sekelilingku apa yang terjadi dan aku mahu berkongsi agar tidak diteladani dari generasi ke generasi. sifat hasad dan kemunafiqan manusia. Na'uzubillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan