Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 22 Jun 2011

Anas daddy balik..Zzz..Zzz..Zzz

ZaidiZain&Associates, 23Jun2011 - (EPISOD 2) kerana pelbagai yang terjadi dan menyebabkan kerja aku semakin menimbun dan minggu ini pula dengan musim peperiksaan di UKM. hem... semangat perjuangan harmoni. semalam merupakan saat dimana aku bangga menjadi diriku mengahdirkan diri di sebuah laskar yang sebelum ini hanyalah diibaratkan pungguk merindukan pungguk lain untuk minum teh dan sembang-sembang. aku cuba mengimiginasi lukisan alam ini. dan aku bersyukur pada Mu ya Rabb kerana setelah kepenatan berperang dengan munafiq-munafiq ini maka satu kerehatan ya Allah berikan padaku yang lemah ini.



pertemuan dengan orang yang aku hormati dan sanjungi sehingga lewat malam telah memberikan sedikit kelegaan padaku dan rakan-rakan seperjuangan kerana aku tak sanggup diri ini dipijak-pijak lagi dengan kepalitan dosa-dosa dari tangan hina mereka. Nyah ko Nyah! hahahaha.. bukanlah satu gelak besar, tetapi gelak cukup sekadar memujuk hati agar kembali ke jalan Ilahi tanpa berselindung lagi, yelah semut kecil perlu lari dari dipijak tentera Nabi Sulaiman, namun wahyu tuhan yang mengizinkan nabiNya itu mendengar amaran sang permaisuri kepada tenteranya maka terselamatlah mereka dari bergelimpangan kepenyekan dek kaki-kaki gajah berjuta ganda besar dari mereka. dan aku? diisi semula dengan kekuatan jiwa dan perjuangan.

setelah pertemuan maalm tadi dengan dato mufti maka aku bergegas untuk pulang kerana jam di tangan berdigit 12 tanda nyenyaknya umat manusia untuk lena, di pertengahan jalan raya Utara Selatan menuju ke Seremban satu kemalangan ngeri yang mengakibatkan sebuah satria terbakar. entahlah pengalaman aku lah di tengah-tengah highway berlakunya kebakaran sebuah kenderaan, tak nampak pula jika ada mangsa yang rentung atau mati. syukurlah Allah masih bagi kesihatan pada aku dan sekeluarga.

Buka pintu rumah dan terlihat si comel aku nyenyak tidur dan hilang segala kepenatan yang ku tanggung setelah seharian di luar. Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan