Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 14 Jun 2011

Pagi kerja, Petang kerja, Malam kerja, Lillahi Taala

PKNS, Petaling Jaya 15Jun2011 - Fuuhhh!!! penat sei sambil mengeluh dan berpeluh-peluh jam baru 11.30 malam, mana tak nya keluar dari rumah lepas subuh terus ke Kampun Paya Port Dickson untuk menerima watikah perlantikan Pen.Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju' semalam, habis terus ke UKM bayar yuran dan dapatkan slip exam peperiksaan yang bermula 24hb ni (member lain mesti tengah gelakkan aku sebab mereka semua telah tamat membuka buku dan menikmati alam pekerjaan) tapi bagiku kesemua alam semua kecuali alam jin. sambung...

lepas ke UKM Bangi terus aku shoot ke ofis, perghh... sampai dah la takdek parking plak, perut dah lapar sebab dari pagi tak makan, tunggu punya tunggu, aku blok jelah kereta orang tinggalkan no. tipon terus panjat ke ofis. terus naik ofis kena buat kerja sikit then cabut la turun makan, nak dijadikan cerita 3 kali aku ubah kenderaan sebelum dapat parking.

bengang, patutlah ramai orang Malaysia kena sakit jantung dan darah tinggi, huhuhu... selalu naik motor, hari tu je gatal sikit.. huhuhu


balik dari pejabat, mak ai... jem panjang dan muka ku melengu menanti bermain dengan brake pad dan menghabiskan minyak RON97 yang sedang aku gunakan sekarang, minyak mahal namun hati lapang. kuikuikui.. selepas terpengaruh dengan member UKM, saparol..saparol.. belum sampai rumah lagi singgah Serdang untuk fotostat untuk seminar 'Pengurusan Harta' esok di PKNS Petaling Jaya, ok terus ke Bangi sekejap jumpa kawan bincang pasal perniagaan sikit, on the way untuk balik ke rumah, isteri pun sms, U balik lambat ke? Anas dah tido tunggu daddy dia. hem sayu plak hati bila baca mengenangkan Anas dah makin ligat berdiri. miss u..

tak sampai rumah lagi, dah salah seorang petugas di masjid mengadu masalah apa yang berlaku dengan staff-staff lain, huhuhu jam kat tangan dah dekat pukul 10malam. terus aku jumpa dia dan buat sedikit consultation berkaitan dengan perkara tersebut. tugas dan amanah ini amat berat namun aku harapkan Allah membantu urusanku.

dan itu-ini terus sampai ke rumah jam 11.35 malam, sampai rumah tak terus tidur lagi terus buat filing untuk seminar esok dan aku memandang ke wajah kesayangan hamba, air liur basi dia penuh.. namun mengalir sedikit air mata jantanku dan aku dapat bayangkan anak aku melompat-lompat depan tv mana lah daddy dia... Senyum+Sedih+Terharu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan