Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 7 Jun 2011

Kepala pening,hati runsing,JK vs khauf wa roja'

NSTP, 8jun2011 - balik dari mengimamkan subuh di masjid bersama anak kecilku, aku terus melihat keadaan bilik a.k.a rumahku yang agak berserabut, yelah dua-dua keje, Anas pun bila balik sahaja situlah tempat dia main dan tidur, kebetulan isteriku menghadapi peperiksaan hari ni, aku tanpa berfikir panjang tengoklah mana yang boleh dibantu. first sekali tengok baju-bajuku yang di almari, hahaha... mujurlah aku ni bukan penggemar baju macam sesetengah yang lain sibuk beli baju baru, seingat akulah beberapa helai sahaja yang aku beli yang lagi dihadiahkan oleh abah manakala umi pula setiap kali berkunjung ke luar negara pasti ada sahaja yang dibelikan terpaksalah membesarkan almari dari satu ke dua almari campur pula dengan isteri aku punya baju maka jadilah empat gerobok almari yang sebesar bilik fuuuhhh... nasib baik tak campur dengan Anas punya kalau tidak.. hihihi namun aku bahagia.

baju jaket superbike yang berhabuk bersidai je kat bilik, maklumlah makan space almari. dulu semangatlah nak jalan jauh pakai baju macam angkasawan siap sepasang dengan orang rumah, aleh-aleh kadang-kadang pakai singlet je naik motor... hangat-hangat tahi ayam ... :p

ini pula baju debat yang ditempah dari Izzat (debator arab) handal wooo... hehehe up..up.. ni xkan up saja je ye x, hehehe... benda makruh.. benda makruh...


Sambil 'menyerika' baju (maaflah DBP kalau perkataan tu tiada dalam kamus dewan) sambil aku memikirkan masalah masjid yang sekarang ni hebat puak satu lagi menabur dan menjaja kisah buruk pasal aku yang kalau ikut hati memang aku belasah je seekor demi seekor namun teringat ayat-ayat Allah semasa aku mengimamkan solat subuh pagi tadi berkaitan orang-orang munafiq di dalam surah at-taubah, yang bermaksud "wahai Muhammad, janganlah solatkan mereka dan menziarahi kubur mereka kerana jelas nyata kemunafiqan mereka..." penat kalau kita layan orang gila nanti kita yang gila pula... Ya Allah berilah daku kekuatan itu sahaja yang membuatkan aku tersenyum kembali menyerika baju sehingga selesai.

Baru aku perasan baju yang aku seterika tadi hanyalah dua jenis tetapi adalah dekat sepuluh helai. Baju kemeja putih yang biasaku pakai ke tempat kerja dan juga jubah yang aku gunakan untuk solat dan ke kelas UKM. Teringat hadith nabi s.a.w berkaitan kerja rumah ni sebenarnya wajib ke atas suami yang laksanakan bukan sebagaimana yang kita faham, orang perempuan punya kerja. Banyak betul kesilapan dan kesalahfahaman kita. ada juga orang bertanya, habis tu orang perempuan buat apa??? jawapan menurut kitab-kitab feqah muktabar ialah tidak lain hanyalah menyediakan diri bagi nikmat 'istimta' buat suami dan melahirkan zuriat-zuriat yang soleh solehah. Bahkan dihukumkan wajib kepada suami mencari pembantu rumah jika tidak mampu melaksanakan tugas-tugas tersebut, suami yang wajib ke pasar, suami yang patut menjahit dan menampal pakaian yang koyak, selain dari nafkah wajib menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan minuman harian malah sekiranya alat solek isteri tersebut disukai oleh isteri dan dapat bersenang-senang dengannya maka wajiblah bagi suami membeli dan menyediakannya. panjang pula hujahanku. kalau inilah point aku berhujah alamat terbakar pula baju yang sedang aku sterika ni kuikuikui...

oh ya, untuk catatan kali ini sengaja aku nak maklumkan aku sedang menulis sebuh buku mukhtasar ilmu rawatan islam semasa perguruanku bersama pengasas darussyifa' mana tahu minat aku dalam bahagian dan bidang ini akan ku keluarkan dengan e-book. doakanlah untuk saya dan semua usaha jihad orang Islam. Makasih ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan