Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Ahad, 12 Jun 2011

musuh lama kembali menyapa...

Bangsar, 13Jun2011 - ujian, ujian, ujian... teringat uji rashid, Man lawakkan nama dia untuk ambil ujian dalam peperiksaan dalam program Raja Lawak. hem, 2hari bercuti sabtu ahad ni macam tak bercuti pun, mana tidaknya entah macam mana aku boleh kena gatal atau gegata. dahtu, dengan sakit bahu yang tak hilang-hilang sangat lagi... hem... ujian, ujian..

kisahnya bermula begini, pagi sabtu lepas member aku belanja lah makan kat Bangi, area warta ni, tiba-tiba lepas dia datang dengan 2 bungkus makanan yang digoreng yang kelihatan agak menyelerakan apa lagi kutibailah... lalalala... aku meneruskan misi hari tu dengan menghantar satu kereta buku-buku masa belajar yang difotostat untuk diproses kulit keraskan, hem tokey kedai tu cakap semua sekali bos, adalah dalam RM735.. gulp. tertelan air liur. er..er..er.. ok jelah.. dalam hati aku, nak kulitkan keras buku-buku tu supaya tahan lama, hem oklah demi buku apa der bekira pulak.. moga pembaca ambil moral jangan kedekut dengan ilmu dan sekelilingnya. so sekali lagi aku meneruskan misi untuk balik ke johor sebab ada jemputan, sebelum tu isteri aku call tanya aku kat mana sebab umi dah bising-bising kata aku tak angkat call, lupa aku nak maklumkan kepada umi tersayang no.tel urusan kerjaku yang baharu, maklumlah yang ini aku gunakan handphone kecik sikit sennag nak bawa, sebelum ni dalam galaxy namun semua brand yang aku guna ialah SAMSUNG@SAMSENG. keh..keh..keh..

aku kalau berjanji pasti akan aku tunaikan dan tepati. Jam baru pukul 3 dan masa aku call umi dah bising2 kata nak balik dululah, call banyak kali tak angkatlah.. dalam alphard terus aku cakap at umi kalau akulah yang berjanji pasti aku tepati if u said its 3 o'clock, its 3 not like others.. ini memang prinsip aku, yelah cuma kekadang-kekadang kita ada kekhilafan kita sendiri huhuhu cuma bengang juga kalau kita disamakan dengan orang-orang lain. adakah sama bila kita berusaha lebih daripada orang lain, lebih teruk daripada orang lain, lebih kurang tidur bebrbanding orang lain, namun natijahnya kita dianggap sama macam orang lain tu, HAH!! lebih baik jadi sama dengan orang lain, tapi kalau difikir-fikir balik... jahanam lah orang Islam atas muka bumi ni mementingkan diri sendiri.

oh sambung balik cerita, so bila aku dalam perjalanan nak ke johor, mak ai... badan2 ni mulalah gatal-gatal.. apa hal ni??
ADA ORANG MEMBOMOHKAN AKU KE???
ADAKAH INI KIFARAH DOSA-DOSA AKU KE??
ATAU AKU ADA TERSILAP MAKAN KE???

semua persoalan ini menyebabkan perjalanan aku ke Johor dengan menaiki Alphard sehingga meter kereta mencanak ke 170-180kmh.. maximum bagi sebuah kereta yang berkelajuan 3000cc. Fuuuuhhhhh, memamng SAMSENG kuikuikui..

Badan aku naik ruam gegata, gatal satu badan tak terkira, sana gatal, sini gatal dalam atas bawah semua tempatlah....dipendekkan cerita malam tu juga aku balik ke rumah (BANGI-NILAI-BATU PAHAT-SRI MEDAN-BATU PAHAT-NILAI) dah macam bas express pula, kuikuikui... 2 hari kena sampai tak boleh tido akhirnya aku ambil langkah untuk ke klinik dan terpaksalah ambil jarum suntikan. dah tak jadi student kena lah bayar sendiri bil-bil perubatan sekali nengok mak ai.. 75 hengget, terasa nak jadi student balik, apa2 pun dah kena cucuk baru reda sikit... tahun ni je ntah berapa kali dah aku kena cucuk, namun 2 malam aku tak boleh tidur kerana gatal dan menggatai... huhuhu balasan. apa pun tak boleh.. kuikuikui.. dengan ini aku terpaksa isytiharkan untuk diriku, NO MORE SEAFOOD meaning that NO MORE BAGAN LALANG... huhuhuhu sedihnya bila Allah tarik nikmat ni, mudah2an nikmat lain yang direzekikan, insha allah.

ini bermakna musuh lama telah kembali, sebabnya aku pernah bermusuh dengan gegata atau gatal-gatal ni semasa belajar tahfiz dulu, zaman membotakkan kepala dan zaman sungguh-sungguh hafal quran.teringat hadith nabi s.a.w yang bermaksud "tidak akan miskin dengan al-Quran" diharap bagi mereka yang mendalami bidang ini yakinlah janji nabi s.a.w.

namun walaupun gatal ke penat ke atau apa-apa ujian yang datang kitakan ada Allah. yang pasti aku dah jatuh cinta dengan kerja yang aku buat hari ini walaupun penat menggila, boleh malam tadi aku hantar 7 bundle untuk kes rayuah ke ofis pukul 10 malam datang sorang-sorang. berani campur takut tapi sebab kes tu nak difailkan pagi-pagi besok terpaksalah aku buat juga. Seronok? kerana aku bukanlah penganggur atau pemalas, Tension? sebab time limit dekat sangat, Kecewa? sebab kurang bermain ngan Anas anakku... anyway, syukur pada Ilahi atas apa pun yang dianugerahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan